Trending
SPRM Sita Barangan Bernilai RM16 Juta Milik Tan Sri Termasuk Jongkong Emas Dan Alatan Kasino
SPRM sita dengan nilai RM16 juta dari rumah Tan Sri di Cheras. Bilik rahsia kebal juga ditemui!
Lagi kes mewah luar biasa terbongkar! Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan penyitaan barangan mewah bernilai kira-kira RM16 juta, termasuk jongkong emas, berlian dan set alatan kasino mewah dalam siasatan penyelewengan dana sukuk projek pembinaan lebuh raya.
Lapor Berita Harian, serbuan itu dibuat di sebuah kediaman milik individu bergelar Tan Sri yang terletak di Bandar Tasik Selatan, Cheras.
Macam dalam filem: Ada bilik rahsia kebal!

Dalam kenyataan rasmi oleh Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, penggeledahan semalam turut menemui sebuah bilik rahsia kebal yang menyimpan senjata dan peluru.
Bagaimanapun, tiada sitaan dibuat terhadap senjata itu kerana ianya didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik individu terbabit.
Berlian dan barangan kemas bernilai kira-kira RM4 juta dan satu set alatan kasino berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM150,000 turut disita.
Barang disita memang ‘gila-gila’

Berikut antara barangan mewah yang berjaya disita oleh SPRM:
- 84 beg mewah bernilai RM3 juta
- 11 jam tangan berjenama bernilai RM1 juta
- Jongkong, syiling dan patung emas bernilai RM3 juta
- Berlian dan barang kemas sekitar RM4 juta
- Satu set alatan kasino mewah bernilai RM150,000
Bukan calang-calang barang! Macam muzium harta karun orang kaya.
Turut libatkan pasukan khas ACTS

Untuk memastikan keselamatan semasa serbuan, SPRM turut menggunakan bantuan anggota Anti Corruption Tactical Squad (ACTS).
SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang berharga termasuk senjata yang berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di kediaman individu ini. Kehadiran pasukan ACTS adalah bertujuan menjaga keselamatan dan mengiringi pegawai serta barang-barang yang disita bagi dibawa pulang ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Menurut kenyataan, pasukan ini diperlukan kerana mereka menerima maklumat bahawa terdapat bilik rahsia menyimpan barangan berharga termasuk senjata.
Rakaman keterangan ditangguh

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan nilai sitaan semalam mencecah kira-kira RM16 juta.
Namun begitu, proses rakaman keterangan terhadap individu bergelar Tan Sri itu ditangguhkan atas faktor kesihatan.
Pssttt! Dari jongkong emas ke alatan kasino, sitaan kali ni memang buat ramai ternganga. Persoalannya, dari mana datangnya kekayaan luar biasa ni?
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM