Connect with us

Oh! Media

Keputusan SPM 7G, Tapi Mampu Miliki Kereta Mewah? Ini Reaksi Netizen

Trending

Keputusan SPM 7G, Tapi Mampu Miliki Kereta Mewah? Ini Reaksi Netizen

Ohmedia ingat lagi tahun 2018, viral kisah pasangan kembar Instafamous yang telah dapat 7G dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Waktu tu diorang dikecam netizen sebab salahkan cikgu sebagai punca diorang dapat result macam tu.

ADVERTISEMENT

Tapi, isu tersebut dah pun selesai lepas diorang buat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjuran kata-kata diorang sendiri. Biasalah, time tu kan masih belum cukup matang lagi. Jadi main cakap je tanpa fikir panjang. Namun, baru-baru ini sekali lagi cerita pasal diorang up di media sosial. Hm, kes apa pula sekarang?

Rupa-rupanya, salah seorang dari kembar tersebut ada upload satu gambar di Instagram dengan caption yang seolah-olah tunjuk dia masih bangga dengan keputusan SPM yang dulu. Yelah, walaupun hanya dapat 7G, tapi sekarang dia dah mampu ada kereta mewah sendiri tau. Siap reka number plate sendiri lagi. Kau ado?

Posting tersebut telah menerima pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang tak puas hati dengan posting tersebut sebab nampak seolah-olah dia nak galakkan orang luar supaya tak belajar betul-betul pun, masih okay lagi. Bahkan ada juga yang perli dia dah memang lahir dari keluarga kaya. So, apa yang nak ditakutkan?

Bukan netizen je, pengarah terkenal, Shahrulezad Mohemeddin juga turut meluahkan pendapatnya tentang isu ini. Menerusi Instagramnya sendiri, Ezad ada buat satu posting dengan statement yang panjang lebar tentang kepentingan ilmu. Bukan niat Ezad untuk menghina, cuma dia takut posting yang sebegitu rupa akan beri motivasi palsu dan buat anak muda lain di luar sana mula fikir yang tak berjaya dalam SPM pun takpe.

“Abang menyeru kepada adik-adik IgFamous di luar sana menyeru kepada perkara yang benar, iaitu kepentingan ilmu. Jangan dimegahkan sangat dengan SPM 7G tu. Dihina pun jangan. Tapi jangan sesekali mengelirukan adik-adik kita di luar sana dengan memberi bayangan yang ilmu tu tak penting.” – tulisnya

Tambah Ezad lagi, dia tak mahu budaya macam ni dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat. Kita perlu sedar yang agama Islam amat menitik beratkan ilmu dan bukannya famous dalam mencipta kekayaan. Ezad juga sempat meninggalkan pesan supaya tetap sebarkan kebenaran walaupun ingin memberi semangat yang positif pada orang ramai.

“Islam menuntut kita berilmu bukan suruh kita mengejar kefamousan dalam mencipta kekayaan. Apatah lagi bermegah megah dengannya atas alasan motivasi yang palsu. Real motivation here is knowledge. Abang bukan cemburu tau. Abang cuma kesian melihat mindset sesetengah IgFamous yang alahai.. biji kacang hijau pun lagi besar abang rasa.” – tambahnya.

Walaupun ramai yang memandang buruk, tapi masih ada juga segelintir netizen yang ambil posting tersebut dari sudut yang positif. Yelah, mungkin niat Iera untuk buat post itu untuk beri semangat pada siapa yang tak berjaya score dalam pelajaran. Tak semestinya kena dapat 7G, kan?

At the end, semuanya terpulang pada cara pandangan masing-masing. Takpelah, asalkan masing-masing dapat pengajaran yang dalam hidup, ilmu dan usaha itu perlu berjalan seiring. Mungkin kita tak berapa bagus dalam akademik. Tapi kalau personaliti kita bagus dan tunjuk usaha yang kerasa, insyaAllah adalah hasilnya untuk kita nanti.

Kredit: Instagram Iera Tajudin, Instagram Shahrulezad

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas