Connect with us

Oh! Media

Sony PS5 Mungkin Dijual Bermula Dari RM1,677

Add2ba2bheadingpng

Trending

Sony PS5 Mungkin Dijual Bermula Dari RM1,677

Mesti ramai yang ternanti-nanti bila agaknya konsol Playstation 5 akan keluar kan? Sebelum PS5 keluar, korang kenalah tahu harganya dan kumpul siap-siap duit tu sebab harga PS5 ni mestilah mahal sikit harganya berbanding Playstation yang sebelum ini iaitu Playstation 4 kan?

Apa yang Ohmedia tahu, Sony Playstation 5 akan didatangkan dengan dua varian sama seperti Playstation 4. Satunya ialah Sony PS5 Pro dan keduanya ialah PS5.

Berdasarkan mydrivers, untuk PS5 Pro yang akan keluar tak lama lagi berharga 499 USD bersamaan RM2,097 dan untuk yang varian bukan Pro, ianya berharga 399 USD bersamaan RM1,677. Walaubagaimanapun, ianya masih belum seratus peratus disahkan lagi dengan harga yang berikut, cuma dianggarkan saja. Untuk yang varian Pro, ia mampu menyokong revolusi sehingga 8k berbanding PS4 Pro sebelum ini yang hanya menyokong 4k sahaja.

IKLAN

Dari segi spesifikasi teklonogi pula, siri Playstation terbaru ini didatangkan dengan pemproses 7nm terbaru AMD, sokongan PCIe 4.0 dan yang paling gempak,  prestasi PS5 ini melebihi konsol Microsoft sehingga 12 TFLOPS.

Tapi sehingga sekarang masih tiada lagi tarikh rasmi keluaran dan harga konsol Playstation 5 di Malaysia. Sony juga masih belum lagi memberikan sebarang pernyataan rasmi berkenaan dengan maklumat terperinci mengenainya.

Sumber : mydrivers

+ Baca respon pembaca peminat konsol Sony Playstation di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas