
Trending
SKMM Siasat Datuk Aliff Syukri, Telefon Bimbit Dan Kad Sim Turut Disita
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan sudah mengambil keterangan Datuk Aliff Syukri berhubung video raya yang mencetus kontroversi serta dianggap tidak menghormati agama Islam.
Walaupun Aliff sudah memadam video tersebut dengan mengatakan ianya hanya guraun ‘April Fool”. Rakyat di Malaysia sudah mula untuk memboikot segala produknya.

SKMM juga memaklumkan sebuah telefon bimbit dan kad sim milik Aliff turut disita untuk tujuan penyiasatan.
Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) dan SKMM turut mendapat keriasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
