Connect with us

Oh! Media

Siti Khadijah Lebih Selesa Tanpa Pengurus, Mahu Urus Kerjaya Sendiri

siti khadijah

Oh! Artis

Siti Khadijah Lebih Selesa Tanpa Pengurus, Mahu Urus Kerjaya Sendiri

Pelakon popular Siti Khadijah, akui lebih selesa menguruskan kerjaya sendiri tanpa pengurus oleh kerana isu kepercayaan.

ADVERTISEMENT

Siti Khadijah Halim, 26 tahun, berkata, dia tidak menafikan memiliki pengurus mungkin akan bantu mengangkat namanya lebih cepat dalam industri ini.

Walaubagaimanapun, Siti masih kekal dengan pendiriannya untuk bergerak sendiri.

Menurut pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu, dia mempunyai masalah kepercayaan terhadap individu lain kerana menganggap ia lebih mudah untuk mencari tawaran pekerjaan sendiri.

Kalau ada pengurus mungkin peluang saya untuk naik lebih cepat sebab ada saja tawaran menarik dari jenama besar, tapi mungkin tak ada orang nak jual saya kot.

Trust issue tu sebab saya rasa kalau saya uruskan sendiri pun saya boleh pergi, apatah lagi berdua.

Cuma saya takut banyak is berkaitan penipuan, duit. Saya takut sebab kita bekerja keras. Dah lama saya menabung sudah tentu saya susah untuk percaya pada orang.

Siti juga berkata, selama 6 tahun di dalam industri hiburan, hanya dua tahun sahaja dia di bawah pengurusan penerbit Datuk A. Aida dan selebihnya adalah bergerak sendiri kerana lebih selesa.

Dalam pada itu, dia juga berkongsi sukar untuk mencari individu yang boleh dipercayai sepenuhnya melainkan ia daripada rakan-rakan yang pernah bekerjasama dengannya.

Tambah tolak saya dalam industri ini lebih kurang enam tahun. Dua tahun saya dibawah pengurusan penerbit Datuk A. Aida, dan selepas itu memang saya bergerak sendiri.

Nak jadi pengurus atau pembantu peribadi (PA) saya, dalam kalangan kawan-kawan pun saya susah untuk memilih.

Saya cuma ada PA, iaitu kawan-kawan yang saya pernah bekeriasama sebelum ini. Tengah mencari jugalah.”

Kredit: mStar

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas