Connect with us

Oh! Media

Siti Hariesa Didakwa Ada ‘Sugar Daddy’, Ini Jawapan Tuan Badan

Ohmedia siti Hariesa

Trending

Siti Hariesa Didakwa Ada ‘Sugar Daddy’, Ini Jawapan Tuan Badan

Siti Hariesa nafi hidup mewah kerana ditaja lelaki kaya! Tegas tak perlukan sugar daddy dan hanya lakon watak gadis liar dalam drama semata-mata.

Pelakon jelita, Siti Hariesa tampil menafikan dakwaan kononnya dia ditaja lelaki kaya atau bergelar sugar baby. 

Menurut laporan Oh Bulan, pelakon berusia 27 tahun itu menegaskan dia mampu berdikari dan tidak bergantung pada sesiapa pun untuk hidup mewah.

Saya ada duit sendiri, saya tidak perlukan sugar daddy.

Kenyataan itu dibuat sebagai respon terhadap tuduhan sesetengah pihak yang menyamakan gaya hidupnya dengan watak ‘gadis liar’ yang sering dibawanya dalam drama.

IKLAN

Watak nakal dalam drama tak sama dengan kehidupan sebenar

Siti Hariesa

Siti Hariesa turut menjelaskan bahawa watak yang dilakonkannya langsung tidak menggambarkan siapa dirinya di dunia nyata.

Apa yang saya buat dalam drama itu hanyalah sekadar lakonan kerana saya bukannya begitu di luar.

Walaupun kadang-kadang menerima mesej menggatal daripada lelaki, dia memilih untuk tidak melayan dan hanya ‘sekat’ mereka yang melampaui batas.

Siti Hariesa kurang selesa tapi tetap profesional

Siti Hariesa

Mengakui tidak selesa melakonkan adegan yang terlalu ‘mesra’, Siti Hariesa melihat perkara itu sebagai satu cabaran sebagai pelakon.

Saya sendiri kurang selesa bila perlu ‘layan’ lelaki dalam babak tertentu, tapi saya anggap itu cabaran dalam lakonan.

Dia juga faham bahawa persepsi orang luar sukar dikawal, namun tetap berpegang kepada prinsip dan mengenali diri sendiri lebih baik daripada orang lain.

Pssttt! Jangan cepat menilai seseorang berdasarkan watak lakonannya. Dunia seni penuh cabaran dan persepsi, tapi yang penting adalah kejujuran dalam kehidupan sebenar.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas