Connect with us

Oh! Media

‘Siasatan Awal Berpunca Daripada Kecuaian Pemandu’ – Menteri Pengangkutan

Trending

‘Siasatan Awal Berpunca Daripada Kecuaian Pemandu’ – Menteri Pengangkutan

Semalam masyarakat dikejutkan dengan kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya melibatkan lebih kurang 200 orang penumpang.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Muntah Darah Sebanyak Dua Kali’ – Anggota APM Kongsi Keadaan Mangsa Kemalangan LRT

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tren LRT Kelana Jaya di KLCC itu disebabkan oleh kecuaian.

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata sistem kawalan LRT sepatutnya dikawal secara automatik sepenuhnya. Namun, bagi kejadian semalam, sebuah tren didapati dipantu secara manual.

FOTO: Harian Metro (Mohd Yusni Ariffin)

Tambahnya lagi, tren yang mengalami masalah teknikal itu dipandu secara salah sehingga bertembung dengan tren yang membawa penumpang.

Siasatan awal adalah berpunca daripada kecuaian dan kesilapan pemandu.

Kalau ikutkan semua tren dikendalikan secara automatik, tetapi disebabkan satu daripada tren iaitu nombor 40 mengalami masalah teknikal, pemandu terpaksa memandunya ke depoh.

Dalam perjalanan, pemandu berkenaan memandu salah arah. Ia menyebabkan tren bernombor 40 bertembung dengan tren bernombor 81 yang membawa lebih 200 penumpang.

Dalam temubual secara langsung di Bernama TV itu, beliau memaklumkan Prasarana telah membuat laporan polis untuk menjalankan siasatan sama ada kejadian melibatkan unsur jenayah ataupun tidak.

Kalau elemen jenayah ini kita bagi polis yang siasat.

Bagi Kementerian Pengangkutan kita akan siasat dari segi teknikal dan bagaimana kita boleh tambah baik kerana sistem pengangkutan awam ini sangat penting.

Jelasnya, Jawatankuasa Siasatan melibatkan pakar dalam bidang masing-masing. Mereka ditugaskan untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentang sebagai laporan akhir.

Sekurang-kurangnya lima orang daripada pakar daripada luar akan membantu kita di dalam pasukan khas ini.

Mereka ini adalah pakar dalam bidang berkaitan termasuk pakar dalam pengangkutan, pelanggaran, protokol dan keselamatan.

Saya akan pastikan laporan ini akan dibuat secara telus. Kita nak pandang ke depan untuk menambah baik sistem pengangkutan kita.

Beliau berkata lagi, walaupun tren tidak begitu laju tetapi apabila bertembung ia menghasilkan impak yang kuat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas