Connect with us

Oh! Media

Kes Kemalangan LRT, Seorang Peguam Tampil Jelaskan Hak Mangsa Yang Terlibat

Peguam kemalangan Lrt

Trending

Kes Kemalangan LRT, Seorang Peguam Tampil Jelaskan Hak Mangsa Yang Terlibat

Malam semalam kita dikejutkan dengan satu berita kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran Stesen KLCC dan Kampung Baru. 

Berikutan insiden yang berlaku ini, seorang peguam di Facebook, Mufarwa Farid tampil menjelaskan hak sebagai penumpang yang terlibat dalam kemalangan itu. Berikut adalah penjelasan daripada beliau.

Cover photo artikel 46
  1. Bolehkah penumpang yang tercedera menyaman pemilik LRT?

Ya, sudah tentu boleh

IKLAN
  1. Apakah yang boleh mangsa kemalangan LRT saman?

Jika para penumpang terlibat dalam kemalangan, mereka boleh saman melibatkan ganti rugi yuran perubatan, ganti rugi kesakitan, ganti rugi kecederaan emosi, ganti rugi kerugian sekiranya mangsa tidak dapat bekerja disebabkan kemalangan ini dan lain-lain lagi.

  1. Berapakah jumlah yang boleh diterima mangsa?

Sukar untuk memberi jumlah yang tepat. Sekiranya ingin meletakkan harga, mungkin sekitar RM5,000 sehingga RM50,000 bergantung kepada tahap serius kecederaan dan nilai kehilangan mangsa berkenaan.

  1. Adakah setiap orang perlu mendapat khidmat peguam?

Ya. Carilah peguam yang pakar dalam bidang yang melibatkan saman sivil seperti ini. Ada beberapa peguam yang mahir bab-bab ini dan ada yang tidak. Pilihlah peguam yang boleh dipercayai.

Kemalangan Lrt
  1. Bilakah saman boleh dibuat?

Esok pun boleh tetapi lebih baik jika saman dibuat selepas mendapat laporan perubatan. Bagi elok dahulu luka-luka kecederaan, barulah fikir tentang isu saman.

  1. Sekiranya sudah mempunyai insurans, bolehkah saman diteruskan?

Insurans adalah insurans manakala saman adalah saman. Dua perkara berbeza dan mangsa kemalangan berhak mendapat kedua-duanya.

  1. Sekiranya ada yang maut, bagaimanakah proses saman?

Difahamkan tiada mangsa yang terkorban dalam kes ini. Sekiranya ada, pihak keluarga mangsa yang berpeluang menjalankan saman.

  1. Mengapa pemilik LRT perlu dipersalahkan sedangkan perkara ini tidak dijangka boleh berlaku?

Sebab perkara ini tidak dijangka lah menyebabkan insiden ini boleh disaman kepada pihak yang bertanggungjawab. Sekiranya sebut kemalangan, semua orang tidak menjangka.

Sekiranya syarikat sudah mengambil langkah pencegahan sepenuhnya, tetapi insiden masih berlaku, kemungkinan mereka boleh terlepas tetapi sekiranya terdapat bukti syarikat berkenaan tidak mengambil langkah pencegahan sepenuhnya, maka mereka bersalah

Xcd 3 1
  1. Sekiranya penumpang tidak mengalami kecederaan secara fizikal tetapi mengalami trauma, adakah saman masih boleh dijalankan?

Boleh tetapi ganti ruginya mungkin tidak sebanyak kecederaan fizikal

  1. Sampai bilakah mangsa boleh menjalankan saman?

Tempoh mangsa kemalangan boleh saman adalah enam tahun lepas kemalangan. Lepas enam tahun, saman susah nak dilayan.

Pada masa yang sama, marilah kita doakan agar kesemua penumpang dalam keadaan selamat dan sejahtera serta tidak alami kesusahan dan dipermudahkan urusan. Moga kesemuanya mendapat keadilan yang sewajarnya.

Kredit : TheVocket dan Mufarwa Farid

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas