Connect with us

Oh! Media

Siapakah Itu? Masih Belum Terjawab. Bekas Pemain Bola Kebangsaan Ditangkap Bersama Dadah

Ohmedia bekas pemain

Trending

Siapakah Itu? Masih Belum Terjawab. Bekas Pemain Bola Kebangsaan Ditangkap Bersama Dadah

Lagi tangkapan memiliki dadah yang datangnya dari orang ternama dan kali ini ia melibatkan bekas pemain bola sepak kebangsaan. Memetik laporan Malaysiagazette, suspek ditahan di sekitar bandar raya Johor Bahru dan disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine.

BACA: “Tak Wajar Jenayahkan Kanabis, Ia Bukan Dadah Semata-Mata” – Yasin Sulaiman

Setakat ini kita masih belum didedahkan siapa pemain itu tetapi dia pernah menyarung jersi tiga pasukan liga super sepanjang kariernya. Dia juga pernah membantu skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya dan baru berusia 36 tahun.

IKLAN

Pemain itu juga pernah menjulang Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Sebaik sahaja bersara, dia hanya aktif disebalik tabir sebelum ditahan polis.

Malaysiagazette cuba mendapatkan penjelasan dari Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Rupeah Abr Wahir namun gagal.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas