Connect with us

Oh! Media

Siap Tubuh ‘Persatuan’, Kumpulan Tak Makan Tauge Malaysia Dapat Sambutan Ramai

Trending

Siap Tubuh ‘Persatuan’, Kumpulan Tak Makan Tauge Malaysia Dapat Sambutan Ramai

Umum mengetahui, tauge merupakan sejenis sayur-sayuran yang terhasil daripada proses percambahan kacang hijau dan akan dituai apabila ia mula mencapai ketinggian dalam 2 hingga 5cm.

ADVERTISEMENT

BACA: Cara Untuk Pastikan Sayur Dan Buah-Buahan Tahan Lama

Tumbuhan yang melalui proses tersebut biasanya boleh dimakan secara mentah atau memasaknya dalam tempoh masa yang singkat sebelum memakannya.

Menurut Hello Doktor, Taugeh mempunyai pelbagai khasiat termasuklah memudahkan proses pencernaan, mengandungi vitamin, sumber mineral serta kaya dengan protein.

Walaupun boleh dimakan mentah, namun pakar juga tidak mengalakkan perkara itu kerana tumbuhan berkenaan berisiko terdedah dengan pelbagai bakteria melainkan ia dimasak dengan sempurna.

Tak suka Tauge, kumpulan PTMT1M terima sambutan ramai

Walaupun sayuran tersebut mempunyai pelbagai khasiat, namun ia bukan bermakna semua orang akan mengemari tumbuhan itu. Ada juga yang akan mengasingkannya dalam setiap hidangan.

Namun, perkara itu seolah-olah dipandang serius masyarakat sehingga dikesan terdapat sebuah kumpulan di laman Facebook mengenai ‘kebencian’ terhadap sayur tauge.

Kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Persatuan Tak Makan Tauge Satu Malaysia (PTMT1M) telah berjaya menarik perhatian ramai sehingga mencapai sebanyak 15,700 orang ahli.

Menerusi tinjauan Oh! Media, rata-rata ahli dalam kumpulan tersebut turut meluahkan rasa tidak puas hati termasuklah terdapat gambar sayur tersebut yang telah diasingkan dari hidangan mereka.

Selain itu, mereka juga tidak melepaskan peluang dalam menunjukkan kemahiran mereka dalam mengasingkan tauge selain berkongsi pengalaman pahit apabila ‘berhadapan’ dengannya.

Dalam pada itu, admin bagi kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Nazif Huzaini mengakui tujuan utama ia ditubuhkan bagi meraikan rakyat Malaysia yang tidak mengemari tumbuhan itu.

Pada awalnya, kumpulan yang ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu itu hanyalah sekadar suka-suka. Namun dirinya tidak menyangka sehingga kini ia mendapat sambutan yang mengalakkan dari ramai pihak tidak kira jantina, usia serta bangsa.

Kredit: Facebook PTMT1M I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas