Connect with us

Oh! Media

Harga Siakap Di Langkawi Masih Murah Dan Tiada Kenaikan, Betul Ke?

langkawi

Trending

Harga Siakap Di Langkawi Masih Murah Dan Tiada Kenaikan, Betul Ke?

Sejak beberapa hari ni kecoh di media sosial pasal ikan siakap harga kayangan. Kayangan macam mana tu? isu ni bermula bila ada seorang pelanggan yang terkejut apabila melihat harga ikan siakap siap masak di sebuah restoran di Langkawi mencecah RM1,196.80. Pergh! Ada emas ke dalam siakap tu?

ADVERTISEMENT

BACA: Kecoh Pelanggan Kena Bayar RM1,196 Untuk Ikan Siakap, Ini Penjelasan Pemilik Restoran

Tapi apa punca ikan siakap ni begitu mahal di Langkawi? Adakah harga jualan ikan siakap di pasar basah Langkawi juga mahal?

Untuk menjawab persoalan tu, pihak Harian Metro telah membuat tinjaun di Pasar Awam Kuah, Langkawi dan mendapati ikan siakap dijual pada harga RM16 sekilogram sahaja. Ianya cukup murah berbanding harga sebelum ini yang dijual pada harga RM18 sekilogram.

Memetik laporan Harian Metro, peniaga ikan Shahabudin Mohd Ali mengakui peniaga restoran membeli ikan siakap lebih berbanding kebiasaan memandangkan permintaan begitu tinggi sewaktu sambutan perayaan Deepavali.

Harga siakap hidup dan mati mungkin berbeza

Memang ada kawan tunjuk pada saya berita mengenai siakap mahal dalam Facebook, tapi jumlah siakap yang saya jual tidak berkurang sejak tiga hari lalu. Mengenai harga mahal di restoran itu, saya tak boleh ulas sebab harga di situ untuk siakap hidup, tapi saya jual siakap sudah mati. – Kata pemborong ikan, Azizan Mat.

Jika dilihat pada pandangan pemborong ikan siakap ini ada betulnya juga jika harga ikan siakap hidup lebih mahal dibanding siakap mati. Ini kerana pelanggan yang memilih ikan siakap hidup akan dapat merasa ikan yang lebih segar.

Apapun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan diharapkan peniaga di luar sana terus jujur kepada pelanggan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas