Connect with us

Oh! Media

”Sejujurya Saya Berada Di Tempat Yang Agak Sukar” – Shila Amzah Bersuara Mengenai Kes Diserang Amy Search

Ohmedia shila Amzah Amy Search

Trending

”Sejujurya Saya Berada Di Tempat Yang Agak Sukar” – Shila Amzah Bersuara Mengenai Kes Diserang Amy Search

Shila Amzah akhirnya bersuara mengenai kes dengan Amy Search, sedia berdamai jika ada perubahan?

Penyanyi terkenal, Shila Amzah akhirnya membuka mulut mengenai konflik yang pernah tercetus antara dirinya dan Datuk Amy Search.

Menurut laporan mStar, Shila tidak menolak untuk berdamai, namun perkara itu hanya akan berlaku jika Amy menunjukkan perubahan sikap yang positif.

Sejujurnya, saya berada di tempat yang agak sukar (untuk berdamai)… Cuma, saya mahu tengok ada perubahan (daripada Amy).

Shila Amzah masih belum berjumpa Amy Search

Amy Search 1

Shila berkata sehingga kini belum ada pertemuan rasmi atau perbincangan antara mereka. Namun begitu, dia tidak menolak untuk kembali bekerja dengan legenda rock tanah air itu.

IKLAN

Walau bagaimanapun, Shila akui lebih berhati-hati jika perkara itu berlaku semula.

Saya mungkin akan pasang pengawal peribadi kalau bekerja lagi dengan dia. Tapi saya profesional, tak pernah ada masalah dengan mana-mana pihak selama 25 tahun ini.

Industri hiburan kecil, kena pandai jaga diri

Shila Amzah

Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu lagi, sebagai artis, semua pihak perlu profesional dan menjaga batas masing-masing memandangkan industri hiburan Malaysia ini kecil dan mudah jadi tular.

Lagipun industri ini kecil, masing-masing kena pandai jaga diri sendiri.

Pssttt! Dalam dunia seni, perselisihan itu biasa. Tapi sikap terbuka, hormat dan profesionalisme adalah kunci untuk terus maju dan dihormati dalam industri.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas