Connect with us

Oh! Media

Sharnaaz Ahmad Didesak Untuk Mohon Maaf Pada Fahmi Fadzil Isu Lelaki Menyerupai Wanita Di AJL39

copy of untitled design   4

Trending

Sharnaaz Ahmad Didesak Untuk Mohon Maaf Pada Fahmi Fadzil Isu Lelaki Menyerupai Wanita Di AJL39

Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli mengecam tindakan Sharnaaz Ahmad yang mengkritik Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berhubung isu pemakaian tetamu lelaki yang menyerupai wanita di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Menurut laporan mStar, kenyataan pelakon itu tidak berasas dan menggunakan bahasa yang kurang beradabnkata Jurey.

Sharnaaz telah menuding jari secara tidak berasas terhadap Fahmi Fadzil dan menggunakan bahasa yang tidak beradab dalam kenyataannya.

PTVM kini mendesak Sharnaaz menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf secara terbuka kepada Fahmi.

IKLAN

“Sharnaaz Ahmad perlu lebih bertanggungjawab” – PTVM

Jurey turut menegaskan bahawa sebagai figura awam, Sharnaaz perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial.

Sharnaaz sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan lebih bertanggungjawab dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, teguran boleh dibuat secara lebih berhemah dan berfakta tanpa menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

AJL39 di bawah bidang kuasa stesen TV, bukan Kementerian

PTVM juga menegaskan bahawa AJL39 adalah di bawah bidang kuasa badan penyiaran swasta dan tidak mempunyai kaitan dengan Kementerian Komunikasi.

Oleh itu, tindakan menyalahkan Fahmi Fadzil dianggap tidak relevan serta menunjukkan kurangnya pemahaman mengenai struktur industri penyiaran negara.

Tindakan menyalahkan Fahmi dalam isu ini tidak berasas. AJL adalah program anjuran stesen TV swasta, bukan di bawah kementerian.

copy of untitled design   4

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas