Connect with us

Oh! Media

Sharifah Shahirah Akhirnya Dedah Sebab Tinggalkan Suria FM

Copy of Untitled Design   1

Trending

Sharifah Shahirah Akhirnya Dedah Sebab Tinggalkan Suria FM

Deejay dan pelakon terkenal, Sharifah Shahirah mengesahkan bahawa keputusan meninggalkan Suria FM bukan kerana mendapat tawaran daripada stesen radio lain. Sebaliknya, dia memilih untuk berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Buat masa sekarang saya cuma nak berehat, balik kampung dan melayan cucu.

Sharifah Shahirah tiada konflik dengan Suria FM

Copy of Untitled Design   1

Menurut laporan mStar, Shahirah turut menegaskan bahawa tiada sebarang isu atau konflik dengan pihak pengurusan Suria FM. 

Dia cuma berasa bahawa sudah terlalu lama di stesen itu dan bimbang pendengar mula bosan dengan suaranya memandangkan rakan-rakan penyampai lain lebih muda.

IKLAN

Tiada isu berbangkit. Saya dan Suria FM berpisah secara baik. Saya rasa orang dah bosan sebab semua penyampai lain masih muda, saya pula paling tua.

‘Terkilan’ tak dapat sertai ABPBH

Img 9141

Dalam nada bergurau, Shahirah sempat menyatakan sedikit kekecewaan kerana tidak dapat bersaing dalam kategori Penyampai Radio Popular di ABPBH selepas ini.

Baru nak menang ABPBH tapi dah tak boleh nak hantar nama. Tak mengapa, mungkin ada rezeki berlakon atau mengacara selepas ini.

Untuk rekod, Shahirah mula menyertai Suria FM pada tahun 2018 menerusi Suria Pagi, sebelum berpindah ke Suria Petang bersama Chiwan dan Kai Hassan.

#ApaKataOhmedia

Kadang-kadang, kita perlu melangkah pergi untuk memberi ruang kepada diri sendiri dan mencuba perkara baru. Semoga Kak Rara terus sukses dalam apa jua bidang selepas ini!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas