Connect with us

Oh! Media

Sharifah Sakinah Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Bagi Netizen Yang Buli Dan Ejek Anaknya

Ohmedia sharifahsakinah

Oh! Artis

Sharifah Sakinah Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Bagi Netizen Yang Buli Dan Ejek Anaknya

Pelakon Sharifah Sakinah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mereka yang membuli dan mengejek anaknya, Anais Adha.

Sebelum ini anak perempuannya itu dibuli dan diejek oleh netizen kerana tular satu video yang membabitkan Anais dan kakaknya, Sharifah Shahirah.

Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, Sakinah berkata dia tidak kisah jika dirinya dijadikan bahan kutukan tetapi tidak bagi anaknya yang baru berusia 6 tahun.

IKLAN
Sharifah

Malah, pelakon itu mengutamakan kesejahteraan anak perempuannya itu dan memandang perkara buli itu telah mengguris hatinya sebagai seorang ibu kepada Anais.

Keutamaan saya adalah kesejahteraan Anais dan menjaga nama baik keluarga. Sungguh menyedihkan untuk menyaksikan buli yang ditujukan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun.

Dalam pada itu, Sakinah juga menasihati netizen untuk lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen kerana dia akan mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi orang yang tersayang.

BACA: Sharifah Sakinah Kongsi Gambar Sedang Berkemban Undang Kecaman Netizen

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas