Connect with us

Oh! Media

“Setakat Ni Saja Daddy Dapat Bersama” – Pesanan Terakhir Najib Razak Sebelum Ke Penjara

Najib Ke Penjara

Trending

“Setakat Ni Saja Daddy Dapat Bersama” – Pesanan Terakhir Najib Razak Sebelum Ke Penjara

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan pesanan terakhir untuk keluarganya yang ditinggalkan di atas meja sebelum ke Penjara Sungai Buloh.

BACA: “Terus Kuat, Allah Bersamamu” – Yana Najib Titip Ucapan Untuk Bapa, Akan Terus Berjuang Demi Keadilan

Dalam pesanan itu, Najib meluahkan rasa kasihnya terhadap ahli keluarga dan ranjau perjalanannya selama 46 tahun berkecimpung dalam bidang politik serta perkhidmatan awam.

IKLAN

Mengimbau kembali kenangan itu, Najib berkata 46 tahun adalah satu tempoh yang lama. Beliau merancang pembangunan, menggubal dasar kebajikan, mengurus ekonomi, mengukuhkan hubungan antarabangsa dan menyelesaikan krisis.

Melihat kembali, Najib merasakan itu satu pengorbanan yang besar.

Najib1

Menurut beliau, masa yang ada berlalu begitu sahaja. Banyak yang dihabiskan demi rakyat, perkhidmatan awam dan politik. Namun itulah pengorbanan yang dipilih sehingga beliau tiada banyak masa untuk keluarga.

Najib2

Najib bagaimanapun menerima takdir dan dugaan yang ditulis Allah SWT. Sebagai hambaNya, apalah daya upaya yang beliau ada. Beliau hanya mampu menunggu keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat kelak.

Kredit: Facebook Najib Razak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas