Connect with us

Oh! Media

“Sesudu Dua Sudu Setel Aduhai..” – Lelaki Terkedu Nasi Lemak RM1 Terlalu Sedikit

Trending

“Sesudu Dua Sudu Setel Aduhai..” – Lelaki Terkedu Nasi Lemak RM1 Terlalu Sedikit

Harga barang yang semakin meningkat terutamanya barang basah membuatkan pengguna tersepit. Kalau dulu macam-macam yang dapat beli dengan nilai RM50, tetapi hari ini semuanya berubah.

ADVERTISEMENT

BACA: Tepung Dah Mahal, Harga Roti Canai Mungkin Akan Naik

Selain pengguna, penjual juga menghadapi masalah dalam mencari keuntungan ketika berniaga. Iyalah, kalau letak harga mahal sangat nanti pembeli ‘complaint’ pula.

Seperti video viral di TikTok ini, seorang lelaki terkedu melihat nasi lemak yang dibelinya dengan harga RM1. Menurutnya, nasi sangat sedikit dan ikan bilis juga dibelah empat.

Dalam rakaman video yang dimuat naik di TikTok itu, dia dilihat membelek nasi lemak bersaiz kecil yang dibelinya. Di dalamnya terdapat nasi lemak yang berlapikkan daun pisang.

Nasi lemak RM1, sesudu dua sudu setel. Aduhai betul-betul kaya. Tak tau la, satu sudu dua sudu setel. Betul-betul mahal zaman la punya barang. Ikan bilis ada buh sekor belah empat ke tiga tak tahu la. Telur sebiji belah 10.

Dia seakan tidak percaya melihat portion nasi lemak yang hanya satu ke dua sudu itu. Namun, dia juga mengakui harga barangan pada hari ini begitu mahal sehingga peniaga perlu menjual nasi ‘sekecil’ ini.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Ada yang berpendapat kuantiti tersebut padan dengan harga RM1 yang dikenakan.

Apa pandangan korang pula?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas