Connect with us

Oh! Media

Sesak Nafas, Seorang Wanita Disahkan Meninggal Dunia Ketika Mendaki Bukit

Article 4 5 11

Trending

Sesak Nafas, Seorang Wanita Disahkan Meninggal Dunia Ketika Mendaki Bukit

Seorang wanita bernama Rozlina Sharina, telah disahkan meninggal dunia kerana didapati sesak nafas ketika mendaki bukit Bohey Dulang, Semporna.

BACA: Nenek 80 Tahun Daki Gunung Datuk Dalam Tempoh 2 Jam

Menerusi laman Kosmo, mangsa telah melakukan aktiviti mendaki bukit itu bersama rakannya pada pagi 4 November.

IKLAN

Sakit dada dan sesak nafas sebelum tak sedarkan diri

Mendaki Bukit

Menurut Superitendan Mohd Farhan Lee Abdullah, Ketua Polis Daerah Semporna, mangsa telah diberikan bantuan kecemasan oleh kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) sejurus mereka menyedari akan kejadian tersebut.

Mangsa telah dihantar ke unit kecemasan Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut namun selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tawau untuk tujuan bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.

Mohd Farhan juga menyatakan bahawa kematian wanita ini dikategorikan sebagai kematian mengejut dan polis masih melakukan siasatan lanjut.

Semoga keluarga wanita ini diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan ini. Peringatan buat semua, pastikan keadaan anda betul-betul sihat kalau nak daki bukit, kalau rasa tak sihat tu, duduk la dekat rumah ya. Tapi apa pun, ajal maut ditangan Tuhan. Semoga ada hikmahnya..

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas