Connect with us

Oh! Media

Nenek 80 Tahun Daki Gunung Datuk Dalam Tempoh 2 Jam

80 tahun

Trending

Nenek 80 Tahun Daki Gunung Datuk Dalam Tempoh 2 Jam

Seorang warga emas, Siti Zaharah Abdullah berumur 80 tahun, telah berjaya sampai ke daki Gunung Datuk dalam tempoh dua jam.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Nenek Tua Berniaga Sayur, Suami Dedah Perkara Sebenar

Menerusi laman Utusan, Siti Zaharah berjaya mendaki gunung tersebut tanpa memerlukan sebarang peralatan seperti tongkat untuk menampung dan membantunya sepanjang perjalanan.

Lebih selesa melompat dari batu ke batu

Siti Zaharah mendaki gunung (Foto: Buletin TTKM)

Siti Zaharah dan anak sulungnya, Esah Hitam 59, telah merancang untuk ke Gunung Datuk sejak Ahad lalu apabila rancangan asal untuk ke Melaka dibatalkan.

Anak saya kemudian mengajak untuk mendaki Gunung Datuk, saya bersetuju kerana sudah lama tidak mendaki gunung tersebut. Boleh juga saya lihat matahari terbenam dan juga minum air tempayan di gua yang terdapat berhampiran puncak gunung.

Sebelum berkahwin dulu, tiga kali saya mendaki gunung berkenaan dan di awal perkahwinan dengan suami, Allahyarham Hitam Sardi, sekali lagi saya mendakinya.

Pendaki lain begitu kagum dengan kebolehan Siti Zaharah yang tidak memerlukan tongkat semasa mendaki. Apabila dihulurkan tongkat, dia menolak kerana padanya, lebih selesa untuk melompat dari satu batu ke batu yang lain tanpa menggunakan tongkat.

Rasa seronok sangat tidak tahu mahu cakap macam mana, saya tidak rasa penat malah rasa ringan. Pada waktu itu, ada juga yang mahu mengambil gambar saya.

Siti Zaharah bersama pendaki gunung (Foto: Buletin TTKM)

Minum air basuhan tangannya sendiri

Siti Zaharah berkongsi rahsianya kekal cergas dan sihat pada usia 80 tahun adalah dengan mengamalkan minum air basuhan tangannya sendiri selepas makan.

Selepas makan, biasanya saya akan basuh tangan di dalam pinggan yang sama, kemudian selawat tiga kali dan saya akan minum air itu.

Wanita berumur 80 tahun ini memiliki 15 orang anak dan hanya 6 sahaja yang masih hidup. Dia juga memberitahu bahawa kurang makan makanan daging seperti ayam.

Saya bangun tidur sebelum Subuh dan mengemas dari dalam rumah dan kemudiannya di luar rumah untuk mengeluarkan peluh, barulah sihat.

Apabila sudah menjadi bual bicara netizen, ada yang mengaitkan Siti Zaharah dengan perkara yang bukan-bukan. Menurut anaknya, Sarmah Hitam, 47, ibunya itu mungkin ada minat yang mahu dilakukannya sejak dulu tapi terpaksa dipendamkan. Apabila sudah berusia, inilah hasrat ibunya untuk mendaki gunung bersama anak-anak.

Menurut Sarmah, ibunya juga masih bergantung kepada ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor seperti ubat sakit darah tinggi dan keadaannya kini semakin pulih dari sakit buah pinggang.

Semoga Siti Zaharah terus sihat dan sentiasa cergas hendakNya. Kagum rasanya bila ada warga emas berumur 80 tahun boleh daki gunung. Kita yang muda ni bila lagi?

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas