Watie Hanifiah, usahawan dan juga isteri kepada penyampai radio Suria FM, Shuib terima pujian daripada warga netizen kerana pandai melayan dan memujuk anak-anak tirinya.
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, Watie dilihat cuba memujuk anak ketiga Shuib iaitu Ariq Matin yang sedang merajuk menarik perhatian pengikut.
IKLAN
Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata Matin merajuk selepas melihat dia memeluk Talita.
Masa itu mummy (panggilan Watie) dengan Dekta (panggilan Talita) sahaja, mana ada awak siarlah mummy peluk Dekta, asyik peluk awak saja.
Matin kenapa awak nak merajuk… Mummy keluar berdua saja dengan Dekta. Awak tak ikut mummy. Masa tu awak dekat rumah atuk.
Malah, Watie juga kelihatan terus memujuk anak lelaki penyampai radio itu dengan menyanyi bersama.
Walau bagaimanapun, Matin tetap merajuk dan menangis menunjukkan rasa tidak puas hati.
Janganlah menangis… Dia merajuk sekarang. Mummy menyanyi dengan awak pula.
Macam mana mummy nak menyanyi dengan awak kalau awak tak beri kerjasama.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa tersentuh melihat anak-anak Shuib akhirnya dapat menumpang kasih sayang seorang ibu selepas sekian lama tiada.
Alhamdulillah, anak-anak Allahyarham sudah mendapat semula tempt bermanja dan kas sayang seorang ibu… Terima kasih dan tahniah but Watie.
Dia (Matin) cemburu. Ala comelnya… seronok sangat tengok anak-anak gembira sayang mummy.
Pasti Shuib sangat lega bila sudah ada ibu baharu untuk anak-anak dia. Meskipun bukan ibu kandung tapi insyaAllah kash sayang yang Watie beri tak berbelah bahagi.
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.