Trending
“Seronok Ke Gelakkan Lelaki Umur 39 Gaduh Macam Budak Sekolah” – Peguam Tun Laila Bidas Caprice
Peguam, Tun Laila akhirnya bersuara membalas serangan Caprice terhadapnya.
Isu antara penyanyi rap, Caprice dan peguam Tun Laila nampaknya semakin panas selepas kedua-duanya saling membalas di media sosial.
BACA: Mangsa Tarik Balik Laporan Polis, Caprice Berisiko Kalah Saman Hampir RM4 Juta
Ia bermula apabila Caprice memuat naik hantaran mempertikaikan tindakan Tun Laila yang didakwa mentertawakan dirinya yang ‘disenyapkan’ selepas menerima injunksi mahkamah.
“Best kan gelakkan orang?” – Caprice
Caprice berkata lagi, dia hanya membela nasib enam mangsa pukul di mana dirinya kemudian telah menerima pelbagai ugutan termasuk saman.
Tidak lama selepas itu, Tun Laila membalas dengan memuat naik fotonya memegang telefon yang memaparkan berita berkaitan kenyataan Caprice.

Peguam ini turut berkongsi petikan berita yang memaparkan keputusan mahkamah membenarkan injunksi ad-interim terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli daripada membuat kenyataan lanjut mengenai plaintif, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy, sementara menunggu perbicaraan.

Dalam dokumen tersebut, plaintif mendakwa Caprice memuat naik gambar dan video yang mengaitkannya dengan aktiviti jenayah, gengsterisme, dan ancaman bersenjata tanpa bukti kukuh.
Tun Laila menegaskan bahawa memperjuangkan mangsa adalah sesuatu yang baik, namun ia tidak seharusnya disertai tindakan peribadi yang boleh mengeruhkan keadaan.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM