Connect with us

Oh! Media

Sepupu Sendiri Menang Cabaran Duit Raya RM1k, Aisar Khaled Nafi Dah Berpakat

Trending

Sepupu Sendiri Menang Cabaran Duit Raya RM1k, Aisar Khaled Nafi Dah Berpakat

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai personaliti media sosial dan YouTuber terkenal, Aisar Khaled yang menganjurkan cabaran mencari duit raya bernilai RM1,000 buat para peminatnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Tandatangan ‘Tenancy Agreement’, Aisar Khaled Kantoi Hanya Sewa Rumah RM1 Juta?

Duit raya yang disembunyi di tempat tersembunyi itu akhirnya dijumpai oleh seorang lelaki menandakan cabaran tersebut telah berjaya dilaksanakan.

Namun, cabaran itu mengundang kontroversi dalam kalangan netizen apabila ada warga maya mendakwa Aisar sebenarnya sudah merancang penemuan duit tersebut bersama dengan saudaranya sendiri.

@.tehais Murah rezeki Aisar #fyp #kazen ♬ Dunia Tipu Tipu – D’Reko

Video ‘kantoi’ yang dimuatnaik @tehais itu mendakwa lelaki yang berjaya menjumpai duit raya RM1,000 itu sebenarnya sepupu Aisar sendiri di mana YouTuber itu dilihat pernah merakam foto bersama pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 yang lalu.

Menjawab kepada kontroversi itu, Aisar Khaled dalam satu rakaman video menjelaskan perkara sebenar. Youtuber ini mengaku lelaki yang menang cabaran duit raya adalah sepupunya namun menafikan dakwaan mereka telah berpakat.

@aisarkhaledd Penjelasan Isu Sebenar . #duitraya ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Jelas Aisar lagi, dia langsung tidak memberi ‘hint’ mengenai lokasi duit raya disembunyikan supaya ianya adil untuk orang lain.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen mengenai penjelasan itu. Ada yang percaya, dan ada juga yang meraguinya. Lepas satu, satu cerita Aisar ni kan?

Kredit: Beautifulnara, tehais

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas