Connect with us

Oh! Media

Trending

Semudah Itu Juwita & Ruhila Berbaik? Ini Respon Pengarah Takdir Yang Tertulis

Masih berbaki tiga lagi episod, kebenaran semakin terungkai apabila Juwita akhirnya mendapat tahu Mika sebenarnya bukan anak kandung Azlan.

Menerusi episod 12 yang ditayangkan malam tadi, Ruhila sudah mula menurunkan ego dan memberi kebenaran kepada Juwita untuk bermalam dengan anaknya.

IKLAN

Malah, Juwita juga seperti sudah dapat menerima hakikat apabila mengutamakan Ruhila sebagai ibu kandung Mika.

Pengarah drama Takdir Yang Tertulis, Shahrulezad Mohameddin, menerusi Instagram memberi penjelasan mengapa plot ditulis sedemikian.

Menurutnya, hati rakan baik itu menjadi lembut semuanya kerana anak. Bagi mereka, perbalahan yang berpanjangan hanya memberi impak yang buruk kepada perkembangan Mika.

Malah, kemarahan Juwita kepada Ruhila surut serta merta apabila mendapat tahu Ruhila sebenarnya terpaksa dan langsung tidak mencintai Azlan. Dia juga dianggap sudah ‘menang’ kerana Azlan tidak mengetahui kebenaran mengenai Mika.

Tak sabar nak tunggu kesudahannya nanti kan? Apa agaknya nasib Azlan dan Cik Salmah?

Kredit: Shahrulezad Mohameddin

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas