
Trending
“Semua Dia Nak Tunjuk” – Video Terbaru Fara Mendoza Buat Netizen Tergamam
Fara Mendoza cetus kontroversi lagi selepas kongsikan video waxing bahagian punggung. Netizen terkejut, ada juga yang beri sokongan.
Nama pelakon dan usahawan, Fara Mendoza sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas berkongsi video rawatan kecantikan terbarunya.
Menurut laporan Beautifulnara, Fara dikatakan sedang menjalani rawatan waxing di bahagian punggung menerusi Instagram Story
Rawatan bulanan saya, tiada bulu + bersih + wangi! Sumpah best! Good servis.
“Dulu miss V, sekarang punggung pula?” – Netizen terkejut

Seperti biasa, reaksi netizen di media sosial cukup bercampur-baur. Ada yang terkejut dengan keterbukaan Fara, malah menyifatkan kandungan itu terlalu intim dan tidak sesuai dikongsi secara umum.
Wow, story Fara Mendoza panas hari ini. Haritu laser bahagian Miss V, sekarang bontot pula.
Fara Mendoza review waxing dekat satu badan. Dah la body putih melepak, semua dia nak tunjuk.
Ada netizen yang berpendapat rawatan kecantikkan benda biasa

Walaupun dikecam, masih ada netizen yang tampil mempertahankan Fara dengan mengatakan rawatan waxing adalah perkara biasa dalam industri kecantikan. Selagi disampaikan secara profesional, ia tidak seharusnya dijadikan isu besar.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Fara mencetuskan kontroversi. Sebelum ini, dia pernah memuat naik video rawatan Brazilian wax yang turut memperlihatkan sebahagian kawasan sensitif dan mengundang kritikan hebat daripada netizen.
Pssttt! Keterbukaan itu bagus, tapi ada hadnya. Dalam dunia media sosial, apa yang kita kongsi boleh menjadi cermin diri. Fikir dulu sebelum tekan butang ‘post’.
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
