Connect with us

Oh! Media

Selepas Sehari Hilang, Mayat Kanak-Kanak Ditemui Di Kawasan Paya

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 18t141034837

Trending

Selepas Sehari Hilang, Mayat Kanak-Kanak Ditemui Di Kawasan Paya

Di Sungai Siput, Perak, mayat seorang kanak-kanak Orang Asli berusia 10 tahun telah ditemui di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.

Menerusi laporan Harian Metro, Nuraina Humaira Rosli yang juga merupakan murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu telah dilaporkan hilang sejak hari Jumaat lalu.

Sebelum hilang, Nuraina Humaira dikatakan telah pergi ke sebuah kedai untuk membeli ayam.

IKLAN

Dikatakan mangsa pulang tangan kosong kerana kehabisan ayam di kedai, sebelum bapa saudara kemudiannya menyuruh mangsa menunggu seketika sementara mengajaknya untuk ke kedai lain.

Bapa saudara kanak-kanak itu memintanya menunggu sekejap kerana dia mahu menghabiskan kerja, dalam pada itu, mangsa bermain buaian di kawasan terbabit namun bila keluar dari rumah didapati kanak-kanak itu sudah tiada.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, dia telah mendapat maklumat tentang kehilangan kanak-kanak tersebut daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA).

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak pagi semalam (Sabtu) termasuk dengan menggunakan bantuan unit anjing pengesan K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan beberapa agensi dan penduduk setempat.

SAR dijalankan dalam radius dua kilometer sebelum mangsa ditemukan di kawasan berpaya berhampiran perkampungan itu oleh orang awam yang menyertai operasi ini.

Mayat akan dibedah siasat di Hospital Sungai Siput dan sementara itu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 18t141034837

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas