Connect with us

Oh! Media

Selar Sistem Raja Perlembagaan, Noor Kartini Minta Maaf Dan Perjelas Ia Kecuaian Staf Media Sosial

Trending

Selar Sistem Raja Perlembagaan, Noor Kartini Minta Maaf Dan Perjelas Ia Kecuaian Staf Media Sosial

Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran kata-katanya yang mengkritik sistem Raja Berpelembagaan di Instagram Storynya, hari ini.

Menerusi hantaran yang dibuatnya itu, Kartini menulis “Kalau perihatin suruh la agong (Yang di-Pertuan Agong) batalkan darurat! Cakap je lebih!!”.

Noor Kartini IG StoryIa seterusnya menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

IKLAN

Susulan daripada itu, dia kemudiannya memadam hantaran berkenaan dan segera menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Noor Kartini IG Story

“Berhubung tangkap layar daripada media sosial (IG Story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada sosial media (Instagram) saya.”

Ujar Kartini, dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berhubung perkara tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini)

Dia juga dalam pada itu turut memohon maaf di atas keterlanjuran kata dan perbuatan terhadap Istana Negeri Johor terutamanya kepada DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja.

Terdahulu, tular di media sosial Twitter apabila netizen beramai-ramai berkongsikan tangkap layar yang diambil akaun Instagram Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar yang berkongsi visual dari Instagram Stories Noor Kartini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Irsa
Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas