Connect with us

Oh! Media

Sekumpulan Lelaki Dipercayai Geng ‘Skinhead’ Pukul Vokalis

Sekumpulan Didakwa Skinhead Pukul Vokalis

Trending

Sekumpulan Lelaki Dipercayai Geng ‘Skinhead’ Pukul Vokalis

Polis kini memburu sekumpulan lelaki yang bertindak ganas memukul seorang individu dipercayai vokalis secara beramai-ramai di sebuah gymnasium di Wadi Hana, Johor Bahru.

Menurut laporan Kosmo, insiden itu menjadi tular selepas rakaman video menunjukkan enam lelaki menyerang mangsa, termasuk salah seorang yang menggunakan tong sampah sebagai senjata!

Berkait kumpulan ‘Skinhead’?

Pdrm

Kejadian dipercayai berlaku semasa perhimpunan tidak rasmi kumpulan dikenali sebagai ‘Remember 69 Rundown’ yang berkait dengan budaya skinhead dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

IKLAN

Kesemua suspek sedang dikesan. Salah seorang guna tong sampah sebagai senjata dalam serangan beramai-ramai itu.

Polis minta orang ramai salur maklumat

Polis

Pihak polis juga meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengesan pemilik akaun Facebook yang memuat naik video asal kejadian.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk hubungi talian 07-2182323 bagi membantu siasatan.

Pssttt! Elakkan budaya samseng dan keganasan. Masalah tak selesai dengan kekerasan—gunakan saluran undang-undang dan bertenang bila berdepan konflik.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas