Connect with us

Oh! Media

Sedang Bersembang, Seorang Lelaki Maut Tak Perasan Tersepit Antara Dua Jentera

Tersepit

Trending

Sedang Bersembang, Seorang Lelaki Maut Tak Perasan Tersepit Antara Dua Jentera

Kejadian di Kuala Terengganu, seorang lelaki maut kerana tersepit antara dua jentera penurap jalan di Kampung Kubang Ikan.

BACA: Kaki Budak Lelaki Tersepit Pada Eskalator, Operasi Menyelamat Ambil Masa Hanya 6 Minit

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa, Wan Endok Wan Salleh telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

IKLAN

Ada tiga jentera penurap jalan

Screenshot 2022 06 14 at 80309 pm 2

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din menyatakan, sebelum kejadian mengejutkan itu berlaku, terdapat tiga jentera penurap jalan diletakkan di tepi jalan.

Mangsa telah datang ke kawasan kejadian dan bersembang dengan salah seorang pekerja penurapan di situ.

Ketika mangsa sedang bersembang, seorang pekerja menghidupkan sebuah jentera untuk memulakan tugas dan cuba mengundurkan jentera itu.

Bagaimanapun, jentera terbabit terlanggar jentera yang berada di tengah-tengah, sekali gus menyebabkan ia bergerak ke belakang dan melanggar sebuah lagi jentera.

Mangsa didakwa berdiri di tengah, antara dua jentera berkenaan dan telah tersepit.

Dada dan badan mangsa telah cedera akibat terkena hentakan yang kuat semasa tersepit. Mayatnya kini dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.

Semoga keluarga mangsa diberi kesabaran yang tinggi untuk menerima ujian ini. Sekarang ni terlalu banyak berita kematian mengejut kan? Semoga kita semua pergi dalam keadaan yang baik dan diredhai Allah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas