Connect with us

Oh! Media

Sebuah Kedai KK Mart Dibaling ‘Bom’ 

Kk Mart

Trending

Sebuah Kedai KK Mart Dibaling ‘Bom’ 

Sebuah kedai serbaneka KK Mart di Bidor, Tanjung Malim dikhianat selepas dibaling botol baca disyaki berisi minyak tanah atau gasolin.

ADVERTISEMENT

BACAKK Mart Fail Saman Tuntut Ganti Rugi Dari Syarikat Xin Jian Chang

Menurut laporan Harian Metro, hasil siasatan mendapati terdapat serpihan botol kaca serta bahan letupan menyerupai mercun di atas lantai KK Mart itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 5.35 pagi tadi sebelum seorang wanita berumur 20 tahun yang merupakan pekerja kedai itu membuat laporan polis.

Wanita itu juga menjumpai serpihan kaca botol dengan bau seakan gasolin dan bahan letupan menyerupai mercun.

‘Bom’ yang dilempar di hadapan kedai itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kebakaran atau kemusnahan kedai serbaneka itu walaupun memang ada bau gasoline serta bahan letupan dipercayai mercun di tempat kejadian.

Pihak polis sedang mengesan suspek bagi siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Kita sedang buat kajian, kita akan menyiasat dan kita memperhalusi melalui rakaman CCTV itu termasuk kenderaan yang digunakan oleh suspek kejadian itu. Mengenai bilangan suspek pun kita masih lagi menyiasat daripada rakaman CCTV.

Tahu ramai yang geram dengan KK Super Mart, tapi Malaysia tetap ada undang-undang. Kalau buat salah, tetap akan dihukum.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dna Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas