Connect with us

Oh! Media

“Sebelum Ni Pergi Mana-Mana Naik Motor Je” – Keluarga Terus Beli Kereta Selepas Dapat KWSP

Beli kereta selepas dapat KWSP

Trending

“Sebelum Ni Pergi Mana-Mana Naik Motor Je” – Keluarga Terus Beli Kereta Selepas Dapat KWSP

Baru-baru ini, kerajaan telah pun membenarkan pengeluaran KWSP dibuat oleh rakyat Malaysia. Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dialami segelintir masyarakat di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Baru 2 Hari Sekolah, Anak Kena ‘Reject’ Sebab Kencing Dalam Seluar? Cikgu Ini Beri Pendapat

Namun, perkongsian yang dibuat sebuah keluarga di TikTok membuatkan netizen tersentuh hati mengenangkan nasib yang dialami mereka sebelum pengeluaran KWSP itu dibuat.

Anak dua baru merasa beli kereta

Menerusi akaun TikTok seorang wanita yang mengenakan nama @hello_eyka, dia berkongsi pengalamannya yang sebelum ini hanya mengguna sebiji motosikal untuk bergerak kemana-mana.

@atikah_la_la_la

rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊

♬ Tetap Disini – Maulana Ardiansyah

Dalam video berkenaan, dia berkongsi bahawa dia dan suami berjaya membeli sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil selepas mengeluarkan wang KWSP.

Meskipun kenderaan yang dibeli itu tidaklah besar nilainya, tetapi ia cukup memberikan makna yang amat besar bagi keluarga berkenaan yang sebelum ini berhujan panas dengan menggunakan sebiji motor sahaja. Sehinggakan pernah membuat susu untuk anak di tepi jalan di atas motor.

Hantar anak sulung ke sekolah

@atikah_la_la_la

harini bermula lah hantar anak kesekolah naik kereta tgk muka anak sulung tu happy je.😊

♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Menerusi satu perkongsian lain di TikTok, wanita berkenaan turut berkongsi bahawa anak sulung mereka begitu gembira selepas ibu dan ayahnya kini sudah memiliki sebuah kereta. Kanak-kanak cilik tersebut turut teruja untuk ke sekolah dengan menaiki kenderaan baharu ibu dan ayahnya itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tumpang gembira dengan kejayaan keluarga tersebut yang akhirnya sudah berjaya memiliki kenderaan sendiri.

Kredit: TikTok @hello_eyka

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas