Connect with us

Oh! Media

Olimpik Tokyo: Senyuman Dhabitah Pikat Hati Malaysia, Mengaku Dah Berpunya

Cover Photo Om 1200 X 675 24

Trending

Olimpik Tokyo: Senyuman Dhabitah Pikat Hati Malaysia, Mengaku Dah Berpunya

Gadis kecil molek Nur Dhabitah Sabri merupakan salah seorang atlet terjun negara yang mempunyai potensi besar dalam bidang sukan. Dalam acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik Tokyo baru-baru ini, beliau berjaya menamatkan saingan di tangga ke-4 dengan kutipan mata 326.15.

BACA: Kenapa Atlet Kena ‘Shower’ Selepas Terjunan? Ini Sebabnya

Meskipun tidak meraih pingat, gadis ini telah menunjukkan aksi terbaik dan membanggakan untuk negara. Malah, senyuman yang sentiasa terukir setiap kali terjunan membuatkannya disenangi ramai.

IKLAN
Dhabitah

Terbaru, menerusi slot GEGAR Pagi yang dikendalikan penyampai Shah dan Mek Zura, penerjun ini ditanya mengenai pemilik ‘senyuman’ manisnya itu. Dhabitah yang tidak pernah mendedahkan kisah peribadi sebelum ini, mengaku dirinya ‘single but not available’.

Pada awalnya, Dhabitah tidak jelas mengenai soalan yang diajukan namun kemudian mengaku secara terus terang hatinya sudah dimiliki. Mendengar jawapan itu, kedua-dua penyampai radio dilihat sangat teruja.

Dhabitah

Ketika ditanya mengenai senyuman yang sentiasa terukir walau dalam keadaan genting, Dhabitah berkata dia hanya mahu enjoy acara. Dengan cara itu, dia akan berasa lebih relaks.

Dalam temu bual itu, Dhabitah berterima kasih di atas sokongan dan kata-kata semangat yang tidak henti-henti diterimanya daripada rakyat Malaysia.

Kredit: Gegar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas