Connect with us

Oh! Media

tun mahathir tun hasmah

Oh! Inspirasi

“Sebak Pula Rasa…” – Gelagat Tun Mahathir Main Bola Dengan Isteri Raih Perhatian Netizen

Siapa sangka di usia yang mencecah hampir seabad, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi aktif dan bertenaga!

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Malaysia itu mencuri perhatian ramai apabila dilihat beriadah bersama isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

IKLAN

Tular video Tun M dan isteri main bola bersama

Dalam satu video yang tular di TikTok, pasangan merpati sejoli ini dirakam sedang bermain bola senaman di kawasan kediaman mereka.

Gelagat santai Tun Mahathir yang menghampiri dan menyerahkan bola kepada isterinya membuatkan ramai tersentuh dengan kemesraan mereka.

BACA: Tun M Dedah Sikap Sebenar Israel, Bimbang Gencatan Senjata Di Gaza Gagal Dikekalkan

Dua pembantu turut kelihatan merakam momen manis itu, membuktikan cinta sejati antara mereka tetap utuh sejak 1956 lagi!

Netizen doakan kesihatan Tun Mahathir

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak melihat keakraban pasangan ini, malah kagum dengan semangat Tun Mahathir yang masih aktif walaupun sudah berusia. Tak kurang juga yang mengimbau jasa besar beliau dalam membangunkan negara sehingga ke hari ini.

Hubungan kasih sayang sejak 69 tahun lalu

Fakta menarik, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah telah mendirikan rumah tangga sejak 5 Ogos 1956 dan hingga kini, hubungan mereka tetap kuat dan penuh kasih sayang. Semoga mereka berdua terus diberi kesihatan yang baik olehNya, Aaminn!

#OhmediaNasihat

Gelagat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah bermain bola bukan sekadar momen manis pasangan suami isteri, tapi juga satu peringatan bahawa kasih sayang itu melangkaui usia, kedudukan, dan perbezaan pandangan.

Walaupun kita mungkin berbeza fahaman politik atau ideologi, hakikatnya kita semua adalah manusia yang tak lari dari kesilapan. Setiap insan berhak untuk disayangi dan dikasihi, tanpa mengira siapa mereka. Apa yang lebih penting, marilah kita belajar untuk menghormati satu sama lain dan menghargai jasa serta pengorbanan, tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan.

Hidup ini terlalu singkat untuk dipenuhi dengan kebencian. Hargai hubungan, sebarkan kebaikan.

tun mahathir tun hasmah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok pilot.darat8722


Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas