Connect with us

Oh! Media

Trending

“Sebab Dia Tua Dan Boroi” – Anak Sulung Abuya Alami Trauma, Dakwa Dipaksa Kahwin Dengan Pemimpin GISBH

Ummu Atiyyah, anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya mendakwa, pada tahun 2015, dia telah dipaksa berkahwin dengan seorang pemimpin atasan dalam kumpulan itu, dikenali sebagai Fadhil.

Menurut laporan Malaysia Gazette, dipercayai perkahwinan tersebut juga didalangi oleh keluarganya sendiri bagi memperkukuhkan organisasi tersebut selepas kematian ayahnya pada 2010.

IKLAN

Saya dipaksa berkahwin dengan lelaki tua, boroi yang juga salah seorang pemimpin GISBH malah dikhianati adik beradik sendiri.

Difahamkan, dia dipaksa menjadi isteri keempat lelaki tersebut, yang mendakwa perkahwinan itu adalah seruan Rasulullah SAW dan Abuya.

Saya menolak sebab dia amat tua dan boroi.

Ummu Atiyyah telah melarikan diri daripada perkahwinan ini dengan bersembunyi di rumah seorang kawannya di Jordan. Namun, dipercayai Fadhil bersama pengikutnya, termasuk adik-beradik Ummu Atiyyah sendiri, mengejarnya sehingga ke rumah tersebut.

Ummu Atiyyah mendakwa dia telah dipaksa kembali dan mengikut kemahuan Fadhil untuk menjadi isteri keempatnya. Dia kemudian dibawa ke Turkiye dan menghadapi penderaan yang amat teruk, termasuk dipisahkan daripada anaknya sendiri selama dua tahun.

Saya dipisahkan dengan anak, dicucuh pemetik api, dikurung, dan direndam dalam kolam berkali-kali.

Malah, dipercayai adik perempuannya sendiri turut terlibat dalam penderaan ini, mendesaknya membogelkan diri dan memukulnya dengan getah paip.

Ujarnya, dia terpaksa mengikut kemahuan Fadhil untuk ‘bersama’ kerana takut kehilangan nyawanya selepas berjam-jam direndam dalam air. Dia mendakwa dirinya dirogol kerana ianya tanpa kerelaan.

Walaupun berjaya melarikan diri dari Turkiye, Ummu Atiyyah mendakwa dia sekali lagi ditangkap dan dibawa ke Indonesia. Di sana, dia menghadapi pelbagai penderaan sebelum akhirnya berjaya melarikan diri buat kali kedua.

Apa yang hendak saya sampaikan di sini, selama saya berada dalam kumpulan itu betapa teruknya sikap mereka itu yang bernafsu dan tidak bermaruah.

Ummu Atiyyah mendakwa, syarikat ini menggunakan imej Islamik untuk meraih kepercayaan orang ramai, tetapi di sebalik tabir, berlaku pelbagai salah laku yang tidak bermoral.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malaysia Gazette


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas