Connect with us

Oh! Media

Anak Abuya GISBH

Trending

Anak Abuya Kata GISBH Dah Taubat Dan Tak Ikut Amalan Sesat Al-Arqam

Anak kepada pengasas Al-Arqam iaitu Assari Muhammad yang dikenali sebagai Khaulah akhirnya bersuara dan berkata yang pengikut GISBH sudah tidak mengikut amalan kumpulan itu yang sudah difatwakan sesat.

BACAPerlis Negeri Pertama Isytihar GISBH Sebagai Kumpulan Ajaran Sesat

IKLAN

Menurut laporan mStar, Khaulah juga mendedahkan beberapa perkara mengenai video tular yang menunjukkan ahli GISBH mengagungkan Abuya.

Berkait amalan yang dikatakan, memang GISBH konsisten untuk tidak lagi mengamalkan apa-apa ajaran yang dikatakan sesat atau salah.

Kita sentiasa mengikuti kursus pihak berkuasa termasuk jabatan agama dan kita mengikuti proses istitabah (bertaubat) yang dikendalikan di Jabatan Mufti Selangor.

Kita juga berkomitmen tidak mengamalkan apa-apa yang dilakukan sebelum ini iaitu pada zaman Al-Arqam. sebuah anak syarikat GISBH.

Berhubung video tular ahli GISBH yang mengagungkan Abuya atau Asaari Muhammad, Khaulah berkata ia merupakan rakaman tahun 2011 yang kembali tular di media sosial.

Itu adalah video lama sebelum kami melalui kursus pemulihan selama 500 jam, proses istitabah dan sebagainya. Tetapi video itu keluar sekarang sedangkan ia sudah lama berlaku.

Bukan tu jer, dakwaan GISBH merupakan sebuah kumpulan pengganas turut dinafikan peguam-peguam yang mewakili mereka selain mahu individu yang disiasat diadili dengan telus dan perkara ini dikatakan sendiri jurucakapnya, Datuk Rosli Kamarudin.

Kami diarah untuk menyatakan bahawa GISBH, pegawai-pegawai tertinggi dan sesiapa yang disiasat di bawah kes ini ingin bersama-sama pihak berkuasa.

Hak menyiasat adalah hak pihak berkuasa dan kami akur dengan siasatan ini tetapi

GISBH dan yang disiasat merayu agar siasatan dijalankan dengan adil dan saksama.

Biarlah PDRM dan kerajaan menyelesaikan siasatan mereka manakala hak undang-undang GISBH akan diurus pasukan peguam dilantik.

Sebelum ini, terdapat 16 individu termasuk Ketua Pegawai Ekslusif GISBH telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Anak Abuya GISBH

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas