Connect with us

Oh! Media

SC Gantung Lesen DDNK Selama 6 Bulan Bermula 6 Oktober, Ini Sebabnya

Lesen Ddnk Digantung

Trending

SC Gantung Lesen DDNK Selama 6 Bulan Bermula 6 Oktober, Ini Sebabnya

Sejak semalam kecoh diperkatakan mengenai lesen pakar pelaburan saham Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) yang didakwa telah digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

BACA: Tiba-Tiba Kecoh Dakwaan Lesen DDNK Digantung Suruhanjaya Sekuriti Dan Berlaku Penipuan Saham. Apakes?

Susulan berita viral tu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dilaporkan telah menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) itu digantung selama enam bulan bermula 6 Oktober 2022.

IKLAN

Sedang buat rayuan

Image 58 956x600 1

Memetik laporan Harian Metro, IPAM menegaskan penggantungan disebabkan pelanggaran pentadbiran, bukannya mengenai pengurusan dana. Kini, mereka sedang membuat rayuan susulan penggantungan itu.

Yakinlah bahawa pelaburan anda diuruskan dengan selamat dan dikendalikan secara profesional oleh pasukan profesional pelaburan kami yang berkelayakan tinggi di IPAM.

Katanya lagi, pelabur tak perlu risau kerana pihak mereka ada rekod reputasi yang kukuh dalam dana unit amanah dan pengurusan portfolio sejak 30 tahun lepas lagi. Peraturan dan kawal selia ketat turut ditentukan SC.

Komitmen dan keutamaan mereka adalah untuk menguruskan pelaburan pelabur dengan bijak dan mencapai matlamat idaman pelabur.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas