Trending
“Saya Terima Semua Kecaman” – Dituduh Jadi ‘Skandal’ Jofliam, Dewi Akhirnya Buka Mulut
Baru-baru ini, kisah rumah tangga Jofliam dan isterinya goyah kerana didakwa munculnya orang ketiga.
Kisah mereka telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi selepas Jofliam mendedahkan tentang hubungannya bersama isterinya, Cik Epal.

Terbaru, muncul satu akaun TikTok didakwa milik pekerja wanita berkenaan memberi respon mengenai isu tular.
Kata Dewi, dia menerima segala kecaman yang dilemparkan netizen namun memohon keluarganya tidak dilibatkan.
Terima semua kecaman kecuali terhadap keluarga saya. Tolong hentikan, mereka tiada kena mengena. Terima kasih.
Terdahulu, Jofliam pernah memuat naik gambar bersama Dewi di Itali, pada mulanya bertujuan untuk menjernihkan keadaan dan menerangkan apa yang terjadi.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM