
Trending
“Saya Tak Pernah Bagi Kenyataan” – Pekerja Pizza Jofliam Jelaskan Ada Akaun TikTok Palsu Guna Namanya
Konflik rumah tangga Jofliam dan isterinya, Cik Epal telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial apabila mereka didakwa telah berpisah.
Konflik lebih hangat lagi apabila ada dakwaan melibatkan orang ketiga iaitu pekerja Jofliam sendiri dikenali sebagai Dewi.
Terbaru, Dewi menjelaskan ada akaun palsu menggunakan namanya di TikTok. Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi, berkata dia tidak pernah memberi apa-apa kenyataan.

Difahamkan, respon itu diberikan Dewi selepas akaun fake di TikTok memberi amaran supaya keluarganya tidak dilibatkan dalam isu tular. Namun, rupa-rupanya kenyataan itu adalah rekaan semata-mata.
Assalamualaikum semua, Ini bukan akaun saya. Saya tak pernah buat apa-apa kenyataan.
Terdahulu, Jofliam dan Dewi menerima kecaman hebat netizen didakwa tidak menjaga hati Cik Epal sebagai isteri.
Difahamkan, Jofliam membawa Dewi ke Itali sempena pertandingan pizza yang diadakan di sana.
Dalam pertandingan itu, Jofliam, dinobatkan sebagai pembuat pizza nombor 99 terbaik dunia.
