Connect with us

Oh! Media

“Saya Tahu Bagaimana Dia” – Isu Video Perlekeh Wanita, Nourul Wahab Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor?

Nourulwahab

Trending

“Saya Tahu Bagaimana Dia” – Isu Video Perlekeh Wanita, Nourul Wahab Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor?

Minggu lalu tular satu video mempromosikan satu program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dimuat naik Rina Harun menerusi tiktok rasminya.

BACA: “Aku Belasah Kepala Korang”, Rina Harun Senyum Dengar Rosyam Nor Sindir Wanita Undang Kecaman Netizen

Video tersebut walaubagaimanapun mengundang kecaman pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan gaya penyampaian pelakon, Rosyam Nor yang dikatakan memperlekeh dan tidak menghormati wanita.

IKLAN
@dsrinaharun Wanita selalu lambat? Jom sertai Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM yang akan diadakan di World Trade Centre bermula pukul 9 pagi esok. @Rosyam Nor #RinaHarun #ToWorkToEngage #KPWKMPrihatin #fyp #fypシ ♬ original sound – Rina Harun

Nourul Wahab dedah sikap sebenar Rosyam Nor?

Gaya penyampaian Rosyam Nor itu turut mendapat respon penyanyi, Nourul Wahab Depp yang membuat ciapan menerusi Twitternya.

Menerusi ciapannya itu, penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka itu mendedahkan bahawa dirinya yang pernah bekerjasama dengan Rosyam mengenali bagaimana sikap sebenar pelakon itu.

Sebagai yang pernah bekerja dengan artis lelaki ni, saya tahu bagaimana dia. Menghormati wanita? Hmmm. Tengok sendiri lah.

Terpaksa komen walaupun saya tahu ada yang akan belasah saya terhadap kenyataan ini. Tapi, saya tak tak suka caranya dan individu berkenaan (Bukan benci). Cuma tak suka.

Bukan itu sahaja, Nourul turut menasihat agar pihak yang terlibat dengan sesuatu perkara seperti ini untuk mempunyai rasa hormat dengan menggunakan bahasa yang lebih sopan.

Bahasa melayu itu sangat tinggi. Mohon ada sedikit hormat kepada yang menonton secara amnya. Kita dah berusia.

Kena lagi jaga bahasa. Sebab nak didik anak anak muda. My opinion. This video is inappropriate.

Betul sangat apa yang dikatakan Nourul tu, tapi sikap Rosyam Nor yang macam mana dimaksudkan penyanyi itu?

Kredit: TikTok dsrinaharun | Twitter Nourul Wahab Depp

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas