Connect with us

Oh! Media

“Saya Pernah Dipandang Hina, Digelar Isteri Banduan” – Wan Azizah

Trending

“Saya Pernah Dipandang Hina, Digelar Isteri Banduan” – Wan Azizah

Seperti yang kita tahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengharungi pelbagai liku kehidupan serta pelbagai rintangan selama hampir 24 tahun sebelum ditabalkan sebagai PM ke-10.

ADVERTISEMENT

BACA: Muat Naik Gambar Shooting Bersama Acha Septriasa, Farid Kamil Buat Netizen Tak Sabar Tonton Filem Biopik Dibintanginya

Di sebalik rentetan cabaran itu, di belakang Anwar adanya satu figura yang begitu tabah dan kuat iaitu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang sentiasa berada di belakang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Wan Azizah pernah digelar ‘Isteri Banduan’

Terbaru, Wan Azizah yang diangkat sebagai Nona Superwoman 2022 mendedahkan bahawa dia pernah dicaci orang ramai sehinggakan digelar sebagai isteri banduan.

Namun begitu, dia reda dengan cemuhan yang dilemparkan kepadanya dengan menganggap bahawa mereka yang mencemuh tidak mengenali dirinya.

Saya banyak kali dipandang hina dan dipandang rendah sehingga ada orang pernah panggil saya isteri banduan, dipanggil sebegitu atau dicemuh ketika saya berkempen.

Pada saya tidak mengapa, kerana mereka tidak kenal saya. Tak kenal saya maka tak cinta. Saya terima sahaja. Bagaimanapun apa yang saya mahu hanyalah reda Allah.

Reda Allah yang buat saya kuat, saya boleh je terima apa jua kerana kalau nak dibandingkan dengan kisah Nabi lagi banyak dikecam berbanding dengan saya in sedikit sahaja.

Dalam pada itu, Wan Azizah mendedahkan bahawa dia menganggap apa yang terjadi pada dirinya dan keluarga selama ini sebagai ujian daripada Allah SWT ke atas hamba Nya.

Kalau ini ujian Allah, saya terima. Saya hanya bersabar dan anggap ini ujian daripada Allah untuk saya.

Kalau nak cemuh saya tidak mengapa, dunia ini ada pasang surut, kerana dunia ini berputar.

Wan Azizah berkongsi kisah tersebut dalam satu wawancara bersama Nona menerusi saluran YouTube rasmi mereka.

Kredit: YouTube Nona

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas