Connect with us

Oh! Media

“Saya Penat, Banyak Lagi Patient Nak Tengok” – Ibu Dakwa Doktor Discaj Anak Tanpa Rawatan Selayaknya

Featured New 713x401 Box 1

Trending

“Saya Penat, Banyak Lagi Patient Nak Tengok” – Ibu Dakwa Doktor Discaj Anak Tanpa Rawatan Selayaknya

Di Facebook, tular perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya yang mengalami kecederaan tak mendapat rawatan selayaknya sewaktu dibawa ke sebuah hospital kerajaan di Kelantan.

Menerusi perkongsian itu, si ibu menceritakan dengan lanjut kejadian di mana dia mendakwa tak berpuas hati dengan layanan kakitangan hospital.

Anak muntah-muntah, tak bermaya

Hospital

Si ibu meluahkan rasa bimbang apabila anak dibenarkan untuk ‘discaj’ sedangkan ketika itu anaknya muntah-muntah dan tak bermaya. Dia mendakwa merayu supaya anak dimasukkan ke wad tetapi doktor dikatakan menolak permohonannya dengan alasan katil hospital kurang/penuh.

IKLAN

Cadangan ditolak

Dakwa ibu lagi, dia ada beri cadangan supaya anak dipindahkan ke hospital lain memandangkan esok anaknya perlu dirujuk ke pakar bedah mulut tapi sekali lagi cadangannya dikatakan ditolak.

Hospital Pasir Mas

Suami saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan kerisauan terhadap anak dengan berjumpa dengan doktor berkenaan sekali lagi. Dengan angkuh dan sibuknya doktor tersebut menjawab, “Saya penat, banyak lagi patient saya nak tengok.. saya banyak kerja” (AYAT YANG KELUAR DARI SEORANG DOKTOR YANG BERTAULIAH).

Mereka kemudian bawa anak mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia. Setibanya di unit kecemasan, anak diletakkan di zon kuning dan menerima rawatan selayaknya.

Jahitan di mulut anak dikatakan dibuka semula dan anak dilaporkan alami keretakan di muka serta patah dagu. Ada juga luka-luka di bahagian perut yang perlu dibersihkan.

Hospital kelantan

Menurut si ibu, dia tiada niat nak keruhkan keadaan memandangkan anaknya kini masih menerima rawatan susulan. Tetapi dia mahu menjadikan kisah ini sebagai pengajaran agar kejadian sama tak berulang.

Dia juga akan membuat aduan secara rasmi di SISPA Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Azimah Abdullah Zawawi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas