Connect with us

Oh! Media

“Saya Pakai Begini Sebab Dinasihatkan Doktor” – Bertopi Tutup Muka, Ustaz Kazim Alah Cahaya Matahari

Trending

“Saya Pakai Begini Sebab Dinasihatkan Doktor” – Bertopi Tutup Muka, Ustaz Kazim Alah Cahaya Matahari

Seperti yang kita tahu, pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ketika ini sedang menempuh ujian dan dugaan apabila perlu menghadapi pelbagai penyakit dipercayai datang daripada perbuatan sihir beberapa individu terhadapnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Berbulan Sakit Tak Sembuh Lepas Jumpa 8 Pakar, Kini KKM Bantu Ustaz Kazim Kaji Penyakit Misteri

Baru-baru ini Ustaz Kazim ada membuat sesi ceramah siaran langsung menerusi laman Facebooknya.

Dapat dilihat, Ustaz Kazim mengenakan topi serta menutup mukanya dan hanya menunjukkan bahagian matanya sahaja ketika menyampaikan ceramah.

Tidak boleh terkena cahaya matahari

@miee_razak semoga ustaz @UstazKazimOfficial cepat sihat ..Amin #ustazkasimalias #fyp ♬ original sound – miee_razak

Ustaz Kazim kemudiannya menjelaskan bahawa dia perlu memakai topi dan menutup muka atas nasihat doktor yang merawatnya kerana beliau tidak boleh terkena cahaya matahari.

Mulai malam ini, saya berpakaian begini sebab dinasihatkan oleh doktor.

Wajah saya tidak boleh kena cahaya matahari.

Saya kena pakai macam-macam krim pada seluruh tubuh saya.

Ia untuk saya menjaga muka dan seluruh tubuh saya buat sementara waktu (berpakaian seperti ini), saya kena jaga betul-betul supaya wajah saya kembali pulih seperti dahulu.

Sebelum ini, Ustaz Kazim berkongsi secara terbuka mengenai derita penyakit misteri yang dialaminya sejak lebih lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk mukanya.

Semoga Ustaz Kazim terus tabah dan cekal menghadapi ujian ini.

Kredit: Facebook miee_razak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas