Connect with us

Oh! Media

Berbulan Sakit Tak Sembuh Lepas Jumpa 8 Pakar, Kini KKM Bantu Ustaz Kazim Kaji Penyakit Misteri

ustaz kazim

Trending

Berbulan Sakit Tak Sembuh Lepas Jumpa 8 Pakar, Kini KKM Bantu Ustaz Kazim Kaji Penyakit Misteri

Sudah berbulan tanggung derita sakit misteri, Ustaz Kazim Elias memaklumkan sudah beberapa pihak turut membantunya mengkaji penyakitnya itu, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan universiti tempatan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kalau Dia Tak Boleh Dapat Saya, Orang Lain Pun Tak Boleh” – Ustaz Kazim Dedah Sebab Disihir Kerana ‘Perasaan’

Walaupun sudah berbulan cari jalan penyelesaian untuk mengubati sakit yang dialaminya, namun penyakit Ustaz Kazim masih sukar untuk sembuh, membuatkannya bertambah risau.

Dah jumpa pakar masih tak sembuh

Menerusi laporan Sinar Harian, pakar dari Institut Penyelidikan Perubatan, KKM telah datang bertemu Ustaz Kazim pada hari Rabu dan memintanya untuk bertemu dengan pakar patologi kulit dari Universiti Putra Malaysia pada hari Khamis.

Mereka akan membuat biopsi untuk kenal pasti jenis penyakit saya dan kaji apa sebenarnya yang berlaku. Sebelum ini saya sudah berjumpa dengan lapan doktor pakar dan pakar kulit menyatakan hanya sakit kulit biasa dan akan hilang apabila pakai krim.

Tetapi, sehingga sekarang sakit saya tidak sembuh. Mereka mengikuti perkembangan saya dan ambil keputusan untuk bantu dengan membuat biopsi untuk kenal pasti penyakit ini.

Selain mereka, ada beberapa pihak lagi yang datang menghulurkan bantuan termasuk daripada persatuan doktor dan individu-individu lain yang ingin turut sama membantu. Saya bersyukur kerana ada pihak yang tampil membantu pada saat saya terbuka untuk berkongsi sakit yang saya deritai selama ini.

USTAZ KAZIM


Menurut Ustaz Kazim, sakit yang dialaminya itu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit, gatal dan pedih, tapi setiap malam beliau akan rasa gelisah sampai seharian tak boleh tidur.

Semoga Ustaz diberikan kesembuhan yang sempurna dan kembali sihat seperti biasa. In sha Allah, ada hikmah disebalik penderitaan yang beliau alami.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas