Connect with us
suami baran

Trending

“Saya Mohon Cerai Cara Fasakh Di Mahkamah, Bukan Curang”

Seorang wanita tampil menjelaskan tuduhan dia berlaku curang menyebabkan hilang hak penjagaan ke atas anak-anaknya. Kisahnya baru-baru ini mendapat perhatian apabila dia mendakwa sudah tiga tahun tidak berjumpa anak. Malah, dia dihalang ketika cuba memeluk anak melepaskan rindu.

BACA: Wanita Dakwa 3 Tahun Tak Jumpa Anak, Nak Pegang Peluk Sekejap Pun Tak Boleh

IKLAN

Terbaru, wanita ini mendakwa, dia menuntut cerai secara fasakh kerana tidak tahan dengan sikap bekas suami. Pada tahun 2017, dia nekad lari ke kampung bersama anak-anak namun bekas suami datang mengambil anak-anak darinya.

Dakwa wanita ini lagi, dia juga diminta balik semula ke rumah, jika enggan anak-anak akan menjadi mangsa.

cerai
cerai

Wanita ini menjelaskan lagi, dia sendiri menyerahkan hak penjagaan kepada bekas suami kerana tidak tahan diganggu. Dakwanya, apabila anak-anak bersamanya, bekas suami akan membuat aduan anak didera secara mental dan fizikal padahal anak cedera akibat bermain.

Dah hampir 40 report polis dibuat, dan dia dah berkali-kali ditahan dan dijamin. Setelah bebas dari penjara dia akan terus menyeksa saya dan anak-anak. Saya dah buntu.

Wanita ini turut menyertakan perintah mahkamah di mana dia sebagai ibu diberikan hak bermalam bersama anak-anak pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

curang

Walau bagaimanapun, dia dikatakan tidak dapat berbuat demikian kerana bekas suami telah menukar nombor telefon dan alamat rumah.

Apa-apa pun, diharapkan ada jalan penyelesaian terbaik untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Kredit: Rias Jelita

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas