Connect with us

Oh! Media

Wanita Dakwa 3 Tahun Tak Jumpa Anak, Nak Pegang Peluk Sekejap Pun Tak Boleh

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 10 08t185052057

Trending

Wanita Dakwa 3 Tahun Tak Jumpa Anak, Nak Pegang Peluk Sekejap Pun Tak Boleh

Tiada pasangan di dunia ini yang inginkan hubungan rumah tangga berakhir di tengah jalan. Lebih-lebih lagi apabila penceraian membuatkan anak-anak terpaksa berpisah dengan ibu bapa.

BACA: Warga Emas Dicerai Suami Kerana Tertinggal Lengkuas Di Pasar

Seperti perkongsian viral di Facebook ini, seorang wanita mendakwa sudah tiga tahun tidak berpeluang berjumpa anak sendiri. Malah, dia juga mengatakan dilarang berhubung melalui panggilan telefon atau Whatsapp.

IKLAN
Rebut2

Setelah hampir 3 tahun tak dapat jumpa anak-anak. Jangankan jumpa nak call atau Whatsapp pun tak boleh. Hari ini dapat mahkamah minta keterangan anak-anak, dapat la tengok anak-anak, nak pegang peluk sekejap pun tak boleh.

Allahhu. megahnya kau, berlagaknya kau dengan kuasa duit kau, hari ni kau beli undang-undang. Hari ni kau masih menang, kau masih berjaya dengan menindas orang. InsyaAllah. Allah maha adil, Allah tahu segala yang berlaku.

Menerusi video berdurasi 58 saat itu, wanita ini dilihat mendekati si anak untuk memeluknya. Namun, bekas suaminya dilihat menarik tangan anak untuk beredar. Berlaku sedikit pergelutan apabila wanita ini enggan melepaskan anak.

Rebut3

Kau boleh tipu mahkamah, kau boleh menang di mahkamah dunia ni. One day Allah akan rentap segalanya. Ingat setiap kejahatan pasti ada balasan. Manusia yang paling zalim adalah manusia yang pisahkan ibu dengan anaknya.

Jangan terlalu selesa menganiaya orang. Satu je nak cakap walau apa pun yang aku terpaksa hadapi, aku sanggup hadap. Namun aku tak pernah menyesal bercerai dengan kau.

Setakat ini, perkongsian telah mendapat lebih 4,000 shares dan 2,000 komen. Rata-rata meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpanya. Mereka kesal apabila anak-anak terpaksa menjadi mangsa akibat penceraian ibu bapa.

Perkongsian penuh:

Kredit: Rias Jelita

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas