Connect with us

Oh! Media

“Saya Memilih Untuk Menolak Tawaran Watak Sebegitu”, Shasha Abedul Mahu Cuba Watak Baru

shasha abedul

Oh! Artis

“Saya Memilih Untuk Menolak Tawaran Watak Sebegitu”, Shasha Abedul Mahu Cuba Watak Baru

Walaupun pelakon Shasha Abedul sudah meningkat usia tetapi dia memiliki raut wajah ‘baby face’ atau berwajah keanak-anakan.

ADVERTISEMENT

Disebabkan raut wajahnya itu, Shasha sering ditawarkan watak pelajar sekolah atau penuntut kolej walaupun dia sudah berusia 27 tahun.

Shasha akui rupa parasnya yang kelihatan muda itu ada kelebihan dan kekurangannya, dia juga tidak menafikan agak sukar untuk dia mendapat peluang mempelajari pelbagai watak dalam lakonan.

Saya semacam terlalu baik apabila selalu mendapat watak sebagai pelajar sekolah dan juga penuntut kolej atau universiti. Tapi, ia cabaran untuk saya sebenarnya sebab perlu pastikan lakonan tidak stereotaip.

Jujur diakui bahawa saya pernah tersekat pada satu fasa untuk watak sebagai pelajar saja. Sehingga saya merasakan cukup-cukuplah dengan watak yang sama itu.

Ketika itu, saya sampai tidak tahu macam mana hendak mempelbagaikannya lagi dan memberi kelainan (watak pelajar sekolah). Malah, saya akhirnya memilih untuk menolak saja tawaran watak sebegitu.

shasha abedul

Menurut pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta pada 2020 lalu, dia kini tidak kisah menolak tawaran watak yang sama kerana yakin rezekinya pasti ada di mana-mana.

Dalam pada itu, Shasha juga ada menerima kecaman dari netizen kerana tidak menutup aurat selepas pulang dari mengerjakan umrah.

Saya positif dan okay saja dengan apa yang diperkatakan netizen serta ahli keluarga mengenai tindakan saya masih tidak bertudung lagi. Biarkan mereka (netizen) dan tak perlu ambil hati sangat.

Kalau netizen nak cakap macam-macam termasuk keluarga saya, itu hak masing-masing. Mereka sentiasa boleh bersuara, tapi bagi saya Allah tahu tujuan dan niat saya.

Dia (Allah) yang mengetahui apa perlu diubah dulu. Apa yang penting, saya harus betulkan dalaman diri sebelum imej luaran.

shasha abedul

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas