Connect with us

Oh! Tidak

“Saya Memang Layan Seperti Keluarga” – Inspektor Sheila Jelas Isu ‘Sound’ Anak Buah

Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang inspektor polis dikenali Sheila Sharon didakwa menimbulkan kekacauan di tempat awam. Eh, kenapa pula tu?

BACA: Pegawai Tengking Anggota Pangkat Rendah, Buat Kecoh Di Parkir Dah Ditahan Polis

IKLAN

Menjelaskan perkara itu, inspektor berkenaan memberitahu bahawa dirinya melayan pegawai polis yang lain seperti ahli keluarga. Namun, terdapat satu isu yang terjadi hingga dirinya bertindak membuat kekacauan.

Inspektor Sheila

Menurut wanita itu, dia hadir ke Taman Sri Gombak dari Bukit Aman bagi berbincang mengenai satu isu. Dalam pada yang sama, Sheila telah memanggil anggota dari IPD Gombak untuk memberi bantuan.

Selepas itu, ada seorang peguam turut memanggil anggota dari IPD sama, jadi ada dua motosikal daripada unit rondaan bermotosikal (URB).

Walau bagaimanapun, seorang anggota polis dikenali sebagai Lans Koperal Arif datang secara tiba-tiba dan menyergah ketika perbincangan tersebut berlangsung.

Dia minta saya supaya diam dan dia tidak bertanya saya dari mana, apa urusan saya. Kemudian cara dia minta kad kuasa di hadapan orang awam amat mengguris bila dia minta saya bagi kad pengenalan sebagai bukti saya pegawai polis.

Tambahan, Sheila juga memberitahu video yang tular itu adalah separuh daripada kejadian yang berlaku. Hal ini menyebabkan ramai netizen memberi tanggapan yang salah padanya.

Video itu separuh, ramai tidak tahu cerita sepenuhnya, kalau nak tahu perangai saya dengan anak buah macam mana, saya memang layan mereka seperti keluarga.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor memberitahu, tindakan tatatertib dan pemeriksaan kesihatan mental terhadap pegawai polis wanita itu sedang dijalankan.

Haih, apa pendapat korang?

Kredit: Harian Metro | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas