Pelakon Fatin Afeefa memberi keizinan dan bertolak ansur dengan bekas suaminya, Adam Shahz untuk bertemu dengan anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia.
Adam Shahz meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang itu dan memaklumkan dia mahu meluangkan masa bersama anaknya semasa cuti sekolah.
IKLAN
Saya lega nak berbandingkan sebelum ini… Kalau sebelum ini susah nak jumpa sekarang dah dapat jumpa. Alhamdulillah.
Saya ucapkan terima kasih kepada pihak sebelah sana kerana sudi bertolak ansur dan sekarang ini kami sedang cuba selesaikan perkara lain agar dapat keputusan yang adil untuk kedua-dua belah pihak.
Alhamdulillah, dah beberapa kali kami berjumpa. Saya akan jumpa dia setiap kali cuti sekolah sebab dia sekolah asrama kalau jumpa hari biasa takut kelam kabut sedikit.
Tambahan, Adam yang berkongsi mengenai perkara itu sewaktu hadir ke mahkamah bagi pindaan tuntutan yang dibuat Adam untuk mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuannya.
Pindaan itu saya lakukan bukan sebab nak menang atau kalah tapi nak hak sama rata duanya. Saya juga mahukan hak yang sama seperti sebelah sana.
Saya tak mahu bertengkar di kemudian hari kerana ini melibatkan anak yang merupakan manusia yang mempunyai jiwa. Saya tak nak perasaan dia berbelah bahagi.
Dalam pada itu, Fatin Afeefa berkata dia menyerahkan segala proses dan keputusan berkaitan hak penjagaan anaknya itu kepada mahkamah.
Malah, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin menzahirkan rasa syukur kerana hidupnya bersama anak berjalan seperti biasa walaupun sibuk dengan urusan mahkamah.
Semua berjalan lancar tapi selepas ini akan ada prosiding lagi.
Hari ini cuma untuk pindaan yang mana mahkamah tentukan pihak Adam nak tukar atau tidak. Saya ikut dan serahkan kepada mahkamah sahaja.
Alhamdulillah saya dan anak-anak sihat, anak memang dengan saya selama ini. Anak sedang bersekolah dan diberikan pendidikan terbaik, jadi tiada masalah pengabaian seperti yang didakwa.
Sementara itu, peguam aktres itu berkata mahkamah telah meminta pihak Adam untuk membayar kos anak guamannya bagi permohonan pindaan yang telah dilakukan.
Pada 21 September nanti kedua-dua pihak perlu hadir untuk prosiding seterusya. Buat masa kami tak boleh kongsikan berapa jumlah yang perlu dibayar.