Connect with us

Oh! Media

“Saya Harap Lepas Ni Tak Ada Orang Sebut Nama Arwah Babah”, Alya Iman Terkilan Dikaitkan Dengan Azmil Mustapha 

alya iman

Oh! Artis

“Saya Harap Lepas Ni Tak Ada Orang Sebut Nama Arwah Babah”, Alya Iman Terkilan Dikaitkan Dengan Azmil Mustapha 

Pelakon Alya Iman mengaku dirinya masih menerima kecaman dari netizen kerana penampilan barunya yang tidak lagi berhijab.

ADVERTISEMENT

Menurut Alya, adakalanya dia kecil hati dengan komen-komen netizen walaupun tidak seteruk dahulu namun dia menerima dengan hati yang terbuka.

alya iman

Saya terima sahaja, kadang-kadang saya tak baca dan buat tak tahu tapi apa sahaja yang orang nak cakap tentang baik buruk saya, saya terima.

Sehingga kini pun masih ada lagi komen-komen negatif tapi saya okay sebab saya tahu tak semua orang boleh terima keputusan yang saya buat sekarang ini.

Malah, aktres itu turut memohon supaya netizen di luar sana tidak lagi mengaitkan dirinya dengan arwah bapanya, Allahyarham Azmil Mustapha.

alya iman

Masa arwah babah ada, betul dia ada tegur saya mengenai pakai tudung dan sebagainya tapi sekarang adalah keputusan saya.

Saya harap selepas ini tak ada dah orang sebut nama arwah babah kerana nak cakap pun dia sudah tiada dalam dunia ini.

Dalam pada itu, Alya juga berkata dia tidak kisah jika netizen di luar sana ingin menyalahkan dirinya namun jangan mengaitkan tentang arwah bapanya, kerana ia membuatkan dirinya sedih.

BACA: “Culture Shock Ke?” – Pakai Baju Ketat Nampak Perut, Alya Iman Dikecam Makin Seksi Lepas Freehair

Sedikit info, perubahan penampilan pelakon Alya Iman yang kini memilih untuk tidak berhijab lagi selepas kematian bapanya telah menerima kecaman yang teruk dari netizen.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas