Connect with us

Oh! Media

“Saya Diraba Pihak Berkuasa..” – Kisah Sajat Dapat Liputan Media Antarabangsa

Trending

“Saya Diraba Pihak Berkuasa..” – Kisah Sajat Dapat Liputan Media Antarabangsa

Tular baru-baru membabitkan kes mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat yang sehingga kini menjadi buah mulut masyarakat mengenai kontroversinya.

ADVERTISEMENT

BACA: Kerajaan Australia Bantu Sajat Belikan Banglo?

Pada Isnin lalu, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mengesahkan dirinya telah berhijrah ke Australia dan telah sah ‘bercerai’ talak tiga dengan Malaysia.

Menerusi perkongsian video siaran langsungnya di laman Instagram, Sajat menyatakan dirinya kini sedang menjalani kuarantin di Canterbury dan menzahirkan rasa tidak sabar untuk menetap di kediaman barunya.

Sajat akui dirinya selesa berhijrah ke Australia

Bagaimanapun, kisah perjalanan hidup usahawan itu dilihat tidak berakhir di negara sendiri, sebaliknya kisahnya mula mendapat perhatian media antarabangsa.

Terbaharu, Sajat telah muncul dalam sebuah temu bual bersama The New York Times dan mendakwa dirinya kini lebih bebas dan menemui dirinya yang sebenar selepas berhijrah.

Selain itu, usahawan berusia 31 tahun itu mengakui dirinya terasa dikongkong di negara sendiri selepas tersepit dengan undang-undang Malaysia.

Saya rasa terkongkong di negara sendiri, di tempat saya dilahirkan sebab undang-undang ‘menjenayahkan’ saya dan menganggap saya sebagai seorang lelaki.

Dakwa dirinya pernah diraba pihak berkuasa agama

Lebih mengejutkan semasa temu bual itu, Sajat turut mendakwa dirinya telah diraba pihak berkuasa agama ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada Januari lalu.

Menurutnya, perkara itu disaksikan sendiri oleh ibunya yang mempertikaikan perbuatan berkenaan selain menyifatkan perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka.

Mereka berasa tidak salah menyentuh bahagian sulit dan dada kerana menganggap saya lelaki. Mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan.

Selain itu, usahawan itu juga pernah membuat laporan polis selepas kejadian. Selepas beberapa hari, pihak berkuasa menyatakan seorang pegawai penguat kuasa agama telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Pada masa yang sama, dia juga turut mendakwa telah dikasari oleh tiga orang lelaki termasuklah diraba pada bahagian dada sebelum dia dimasukkan ke tempat tahanan lelaki selama sehari.

Terdahulu, Nur Sajat juga pernah memberitahu tidak akan pulang ke negara asalnya menerusi perkongsian yang dibuat secara langsung di Instagramnya.

Tambahnya, dia turut memaklumkan telah menjual segala perniagaannya di Malaysia dan akan memulakan perniagaan baharu di Australia.

Kredit: Kosmo! I Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas