Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Australia Bantu Sajat Belikan Banglo?

Oh! Tidak

Kerajaan Australia Bantu Sajat Belikan Banglo?

Belum pudar berita mengaitkan kehilangan usahawan terkenal, Nur Sajat selepas dilaporkan melarikan diri ke negara Thailand serta dikatakan telah memperoleh kad pelarian.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Kekasih Sajat ‘Perli’ Polis, Ini Respon Balas Abdul Jalil Hassan

Namun, perbincangan telah dilakukan bagi membawa pulang Sajat kembali ke tanah air, namun proses tersebut dilihat sukar dan berita mengenainya usahawan tersebut semakin ‘tenggelam’.

Terbaharu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, dilaporkan telah berhijrah ke Australia dan telah pun ‘bercerai’ talak tiga dengan Malaysia.

Sajat sah berhijrah ke Australia

Mengenai perhijrahan itu, perkara berkenaan disahkan sendiri oleh usahawan berusia 36 tahun itu selepas dipercayai mendapatkan kelulusan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pelarian (UNHCR).

Menerusi perkongsian video live di Instagramnya semalam, dia berkongsi akan kisah penghijrahannya selain mengakui telah meminta kebenaran kedutaan Australia untuk berbuat demikian.

Selain itu, dia juga turut menzahirkan rasa terharu terhadap kedutaan negara itu selepas memberikan banyak sokongan kepadanya dari pelbagai aspek.

Saya sekarang berada di Australia, tak nak pandang belakang dah. Saya sekarang sedang menjalani kuarantin, tak sabar nak habis dua minggu nanti nak pergi jalan-jalan.

Dekat sini, saya dikelilingi orang yang mengambil berat tentang diri saya dan temui kebahagiaan dekat sini.

Kedutaan Australia banyak sokong saya macam hantar pergi kelas tambahan, perbaiki skill bisnes dan kelas bahasa Inggeris serta beri rumah.

Tangkap layar live Instagram Nur Sajat. (Sumber: Mstar)

Pada masa yang sama, menerusi hantaran di Insta story miliknya, usahawan itu telah berkongsikan sebuah gambar rumah banglo yang bakal menjadi kediamannya di Australia.

Menerusi hantaran itu, Sajat telah meluahkan rasa gembiranya selain turut menzahirkan rasa tidak sabar untuk menetap di rumah tersebut. Difahamkan, usahawan kosmetik itu dikatakan bakal menetap di Canterbury, Australia.

Kredit: Instagram Nur Sajat I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top